Connect with us

Selebriti

Terlepas Cakap Masa Berucap, Juara Gegar Vaganza 7 Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar

Hanya kerana mengatakan pelitup muka irritating (menganggu) untuk berucap selepas diumum sebagai juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi Cliff Umar dikecam netizen di laman sosial.

Kebanyakan netizen menganggap kata-kata vokalis kumpulan Pistol itu tidak menjaga sensitiviti banyak pihak terutama barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan demi menangani wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun Cliff berkata dia tidak mempunyai niat untuk membuat mana-mana pihak terasa hati namun akui terlalu terkejut dengan kemenangan tersebut sehingga bercakap tanpa memikirkan terlebih dahulu.

“Baru umum menang… selalu saya akan berfikir dahulu sebelum bercakap apa-apa tapi ketika itu, saya terlalu terkejut. Yela, siapa sangka saya akan menang? Saya sendiri pun tak terfikir akan menang.

“Jadi, bila tengah terkejut terlepas cakap perkara yang saya tak fikir dahulu. Sepatutnya saya tak cakap perkara itu dan saya minta maaf sangat. Tiada niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama frontliners,” katanya.

Pada malam konsert akhir GV7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, Cliff membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.

“Saya tak sangka menang… terkeluar pula kata-kata itu.”

Penyanyi Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit membawa pulang RM30,000.

Tempat keempat pula menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta tro dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Dalam pada itu, penyanyi berusia 38 tahun ini menjelaskan perkataan ‘irritating’ itu bermaksud dia tidak berasa selesa dan sukar untuk bercakap dengan memakai pelitup muka ketika berada di atas pentas.

“Maksud irritating yang saya cakap itu di atas pentas. Bila nak cakap dengan memakai face mask, rasa tak selesa sikit sebab akan jadi berkuap dekat situ… susah nak bercakap.

“Saya minta maaf sangat… saya tak maksudkan apa-apa atau tiada rasa hormat terhadap mana-mana pihak. Saya tak sangka menang… terkeluar pula kata-kata itu,” ujarnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.