Connect with us

Selebriti

Termakan Sandwich Babi, Norreen Sental Lidah Bagai Nak Rak Jadi Perhatian Netizen

Siapa tidak kenal dengan Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah. Bermula daripada menjadi instafamous kini dia merupakan seorang pelakon yang menjayakan siri TV ‘Rindu Awak Separuh Nyawa” yang bersiaran di slot Megadrama, saluran Astro Ria.

Dia mula mendapat tempat di hati peminat dek kerana perangai nya yang ‘humble’ dan gila-gila.

Terbaru, wanita tersebut dilihat telah pun mengikut team produksi Janna Nick ke United Kingdom bagi sebuah projek bersama beberapa orang selebriti lain.

Bagaimanapun, berlaku perkara yang tidak diingini apabila Norreen tidak sengaja membeli sandwich yang berintikan bacon di sebuah kedai kerana lapar setelah tiba di lapangan terbang.

“Kejadian di hari pertama sebaik sahaja sampai London ! Baru first day NORREEN, bukan aku je termakan, dengan Razzi pun termakan sekali!!”

Namun setelah Norreen dan suami menjamahnya, dia baru menyedari makanan tersebut mengandungi bahan yang tidak halal iaitu daging babi.


Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, kelihatan dia sangat terkejut dan membuangkan makanan itu ke dalam tong sampah.

Ekoran hal itu, ramai diantara pengikutnya di Instagram bertanyakan tentang bagaimana rasanya termakan daging babi.

Noreen akui kesal apabila ada individu yang bertanyakan soalan sebegitu oleh kerana dia tidak sengaja makan makanan tersebut dan tidak pernah berkunjung ke UK sebelum ini.

“Korang lagi boleh tanya macam mana eh rasa tu…Boleh pulak semalam sampai tersangkut kat gigi”

Menerusi sebuah lagi video lain, dia kelihatan sedang memberus gigi dan lidahnya berkali-kali dengan kuat agar segala sisa-sisa yang terbaki dapat dikeluarkan.


Berikut merupakan video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

@ejannjann_##ad @norreen143_ 😂🤣 ##foryou ##fyp ##foryoupage ##viral♬ original sound – IG Ejannjann_

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 738.8K tontonan, 77.6K tanda suka, 1263 komen dan 1535 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat Noreen selepas mengetahui perkara itu. Dalam masa yang sama, ramai juga yang mengatakan ianya perkara yang tidak disengajakan dan berharap agar orang ramai lebih peka memeriksa bahan yang ada dalam makanan tersebut bukan sahaja di luar negara malah di negara sendiri juga.

Berikut merupakan komen warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.