Connect with us

Viral

Terpaksa Berjauhan Demi Kerjaya, Moment Suami Cium & Peluk Bayi Dalam Kandungan Undang Sebak Netizen

Apabila menyebut akronim PJJ, kita tahu ia bermaksud perhubungan jarak jauh melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga tetapi tinggal berjauhan kerana mungkin si isteri atau suami perlu bekerja di luar kawasan.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sempat berkongsi moment menghantar suami yang bakal menjalani latihan rekrut polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun mengundang sebak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zatisitii, kelihatan mereka sedang berpelukan sebelum berpisah untuk beberapa bulan demi tugasan dan masa depan yang lebih cerah.

Namun apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila si suami bertindak memeluk dan mengucup perlahan perut isteri mengandung.


Wanita tersebut gagal menahan sebak dan situasi tersebut membuatkan seluruh ahli keluarga mengalirkan air mata.

“Semoga yang baik2 sahaja untuk kita dan bakal baby kita❤️ Jumpa lagi nanti ye sayang tunggu” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih melihat pengorbanan pasangan suami isteri itu yang mana suami perlu berkorban masa bersama isteri dan anak tercinta demi tanggungjawab dan tugas malah isteri pula berkorban mengandungkan anak tanpa sosok seorang suami selama beberapa bulan.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar urusan lelaki tersebut dipermudahkan bahkan ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dimana perlu berpisah dengan pasangan demi tugas dan kerjaya.

Antara komen warga maya:

“Tengah lalui.. pjj lepas beranak suami kerja demi negara..”

“Berhabuk mata pagi-pagi ni”


“Saya dah rasa.. mengandung anak kembar.. sampai bersalin tanpa suami…”

“Aku faham apa dia rasa sebab aku dah lalui tinggal wife masa sarat mengandung macam ni hanya orang2 je faham”

” Ya Allah saya auto keluar air mata.. stay strong sis”


Video yang tular di laman TikTok:

@zatisitiiiSemoga yang baik2 sahaja untuk kita dan bakal baby kita❤️ Jumpa lagi nanti ye sayang tunggu😘❤️

♬ original sound – Raynaldo Wijaya

Continue Reading
Advertisement