Beberapa hari lalu tular kisah pelajar di Sabah, Veveonah yang membina pondok di atas pokok untuk mendapatkan capaian Internet.
Kali ini kisah seorang siswi dari Sarawak pula menarik perhatian apabila berkelambu di dalam hitan untuk mendapatkan capaian internet yang baik.
Rose ED merupakan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak. Beliau merupakan antara pelajar yang perlu belajar dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.
Perkongsian beliau mencari internet dengan ‘berumah’ di dalam hutan menarik perhatian orang ramai. Kirimannya mendapat lebih 4 ribu tanda suka dan 2.6 ribu perkongsian dalam tempoh enam jam sahaja.
Berkelambu di dalam hutan
Setelah melihat video viral budak Sabah haritu, harini saya terfikir mau guna idea beliau menggunakan kelambu cegah nyamuk hihihi.
Hari ini 24 Jun 2020, selesai sudah pembentangan kumpulan atas talian (online) melalui sistem MyGuru.
Sepatutnya pembentangan ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda kerana diri ini gagal untuk menghadirkan diri ekoran daripada capaian Internet yang sangat lemah di kawasan pedalaman.
Saudara saudari, hari ini saya terpaksa bersedia awal untuk persiapkan diri sendiri sebelum pembentangan bermula tadi. Seperti yang saudara saudari lihat di dalam gambar tersebut, lokasi ini adalah di kawasan hutan (babas) tempat kami menoreh getah.
Capaian Internet di sini lebih bagus berbanding di kawasan rumah panjang.
Saudara saudari, walaupun kawasan kampung kami tidak mempunyai capaian Internet tetapi terdapat juga beberapa kawasan di sekitar kampung yang dapat dikunjungi untuk mencari Internet seperti kawasan berbukit, kawasan ladang sawit etc.
Namun kawasan ini tidak sesuai untuk dikunjungi setiap hari memandangkan saya sendiri mempunyai jadual kelas yang penuh kecuali Selasa dan Ahad.
Hari ini saya memilih tempat ini kerana dekat dengan kebun ayah dan selepas habis kelas, saya dapat menolong ayah baik pulih pondok di kebun untuk kegunaan kelas online saya pada hari seterusnya.
Untuk pengetahuan saudara saudari, kampung kami tidak lah jauh mana dari kawasan Pekan Pakan.
Namun, perlu kita fikir di sini bahawa untuk pergi ke pekan adalah memerlukan kos dan kenderaan yang baik untuk ulang alik setiap hari.
Saya orang kurang berkemampuan jadi saya tidak mampu untuk pergi ke pekan hari-hari, tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan.
Sebagai seorang pelajar tahun akhir, saya sangat memerlukan capaian Internet yang bagus untuk akses maklumat projek tahun akhir (FYP).
Segala sistem MyGuru, MyUpsi Portal & Pustaka Upsi langsung tak dapat di akses.
Saya berharap coretan ini dapat sampai kepada pihak-pihak tertentu bagi memudahkan urusan pelajar yang betul-betul memerlukan capaian Internet yang bagus.
Mungkin coretan ini agak kurang bagus untuk dibaca dan saya sendiri mengaku masih kekurangan ilmu dalam penulisan.
Mohon maaf dipinta sekiranya tersalah dan terkasar bahasa.
Demi mencari ilmu aku gagahkan jua tiada yang menjadi penghalang ( Nur Shafika, 2020)
Coretan Rose ED,
Pelajar Tahun Akhir,
Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.