Memang benar waktu di awal perkahwinan merupakan fasa yang paling mencabar.
Ketika ini, anda dan pasangan yang masih di peringkat baharu dalam alam rumah tangga pasti akan diduga dengan pelbagai ujian.
Setiap wanita bersetuju rahim adalah organ paling berharga yang membuatkan seseorang itu ada ‘nilai kewanitaan’ namun bagaimana perasaannya jika organ yang menjadi kemegahan ini terpaksa dibuang demi menjaga kesihatan diri?
Namun, bagi pasangan pengantin baru ini terdapat ujian berat yang perlu ditempuh walaupun baru sahaja bernikah.
Tular sebuah perkongsian di laman TikTok oleh @rena_baik, Puan Reena berkongsi tentang dirinya menerima khabar duka oleh doktor setelah disahkan untuk dibuang rahimnya.
Walaupun sukar untuk menerima kenyataan namun ini hakikat yang perlu ditelan bagi pasangan pengantin baru ini.
Menerusi video perkongsian itu, Puan Reena menyatakan bahawa dia akan menjalani proses pembedahan itu pada hari Jumaat ini.
Punca pembedahan tersebut perlu dilakukan kerana Puan Reena sering mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan anemia sekaligus menganggu rutin hariannya untuk bekerja dan beribadah kerana sering berasa keletihan.
“Bleeding teruk. Berketul-ketul sampai anemia.”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 692.6K tontonan, 35.7K tanda suka, 1722 komen dan 654 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengakui turut berasa sedih dan dalam masa yang sama menasihati Puan Reena agar tidak membuang rahimnya terlebih dahulu dan ikhtiar menggunakan cara yang lain.