Tidak semua insan yang dilahirkan di dunia hidup dalam keadaan serba mewah.

Ada yang terpaksa mengikat perut, ataupun makan mengikut kemampuan sahaja demi meneruskan kehidupan masing-masing.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pelajar berkongsikan kesukarannya dengan hanya mampu menjamah nasi berlaukkan kerak ayam sahaja telah meraih perhatian ramai.
Pada awalnya, ciapan Twitter @justalhafiz berkongsikan kisah rakannya yang hanya makan sebungkus mi segera yang dipatahkan menjadi dua lalu menyebabkan rakannya maut akibat kegagalan pelbagai organ dalaman.

Apa yang menarik perhatian ramai pula, ciapan yang dimuat naik oleh @eb1rah itu menerusi ruangan komen ciapan @justalhafiz itu.
Dapat dilihat pelajar @eb1rah itu mengaku bahawa dia hanya membelanjakan wang sebanyak RM 1 untuk makanan hariannya iaitu nasi berlaukkan kerak ayam sahaja.

Hal itu amat membimbangkan ramai pihak kerana ianya merupakan pemakanan yang tidak seimbang.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya ingin menghulurkan bantuan kepada pelajar itu.
Malah, ada juga individu yang berkongsikan pengalaman yang sama seperti yang dilalui oleh pelajar berkenaan.
Antara komen netizen:
Ciapan Twitter yang tular: