Trend ‘lapuk’ dimana berdiri tercegat di dalam petak parkir untuk cop parking ini sememangnya masih wujud walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan isu tersebut.
Bahkan hari demi hari dapat kita lihat di media sosial dimana ada diantara individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini dan rata-rata daripada mereka tidak mahu mengalah malah tetap berdiri walaupun ada kereta lain yang ingin masuk ke petak parkir tersebut.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu kereta berang dengan sikap wanita yang berdiri didalam petak parkir untuk cop parkir.
Menerusi perkongsian di laman Facebook DashCams Owner Malaysia, dapat kita lihat pemandu tersebut yang juga merupakan seorang wanita sedang mencari parking.
Namun apa yang membuatkannya terkejut apabila ada seorang wanita lain berbaju kelabu berada di dalam petak parkir dan enggan beredar sambil menunding jari ke arahnya sebagai ‘tanda’ ada kereta lain akan masuk situ.
Bagaimana pun, pemandu ini dilihat tidak ‘memberi muka’ dan tetap menekan minyak untuk masuk ke ruangan parking tersebut.
Apa yang lebih melucukan adalah, wanita itu sempat membebel dengan nada yang agak tegas apatah lagi bila ditambah dengan efek bunyi latar genre ‘lawak’ ke dalam video itu
“Tak ada cop. Tak ada-tak ada. Ketepi-ketepi. Sesuka hati kau je nak cop parkir. Eh,” mengomel wanita itu.
Akhirnya wanita tersebut beredar daripada kawasan itu dan pemandu ini dapat masuk ke ruangan parking dengan jayanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat pemandu wanita tersebut yang langsung tidak memberi muka kepada individu yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan perempuan memang lawannya perempuan. Kalau pemandu tersebut lelaki, sudah pasti akan kalah kerana perempuan selalu ingin menang.
Antara komen warga maya:
“Ni sebab perempuan lawan perempuan.. cuba kalau lelaki yang bawa kereta tu.. memang keras jela perempuan tu cop parking.. bertegang urat pun belum tentu menang..”
“Nasib perempuan vs perempuan la.. kalau lelaki tadi mesti dah kalah..”
“Yang jenis cop parking ni dia makan apa sebenarnya sampai otak dia bebal tak berfungsi”
Video yang tular di laman Facebook:
Sekadar info, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.
Individu yang sengaja cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.