Connect with us

Viral

Terpaksa Ponteng Sekolah Untuk Jual Cendawan, Kegigihan Budak Darjah 6 Ini Undang Sebak Ramai

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu lah peribahasa yang sesuai buat situasi ini dimana seorang anak kecil berhempas pulas mencari rezeki membantu keluarga.

Disaat rakan sebaya sibuk menikmati zaman kanak-kanak, bermain bersama tanpa memikirkan soal dunia, bersekolah serta menuntut ilmu namun budak lelaki berusia 12 tahun ini terpaksa ponteng sekolah demi mencari duit untuk kelangsungan hidup.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Rosmalina Roslan, difahamkan budak lelaki ini membantu ayahnya menjual cendawan dari rumah ke rumah.

Ujar wanita ini, kanak-kanak tersebut datang ke rumahnya bagi menjual cendawan tiram dan dia pada mulanya akui tidak terdetik untuk membeli barangan tersebut.

Pun begitu, budak lelaki ini seakan tidak kenal erti putus asa memberi salam dengan harapan ada orang yang membeli cendawannya.

“Saya buka pagar dan tengok air muka, Ya Allah. Kesiannya tanya dah makan belum, katanya belum. Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak, saya pelawa masuk dan ajak makan kuetiau goreng (masak untuk sarapan pagi tadi). Alhamdulillah habis.”

“Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah dan mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak?”

Berkongsi lanjut, kanak-kanak ini memaklumkan dia tinggal di Cahaya Baru, Johor dan bapanya bekerja di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Dia yang masih bersekolah darjah 6 memberitahu terpaksa ponteng sekolah demi mencari rezeki.

Dia juga memaklumkan bahawa ibunya menetap di Pahang dan akan pulang sekali seminggu sahaja.

“Adik-adik pun ada lagi, seorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain. Dia sekolah lagi, darjah 6 tapi katanya. Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni, tapi dah berkorban tolong keluarga.”

“Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah sedang menguji saya juga. Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat kegigihan kanak-kanak tersebut dalam membantu keluarga mencari sumber pendapatan.

Dalam masa yang sama, para netizen juga mendoakan agar budak lelaki itu dan keluarganya dimurahkan rezeki seperti air zam-zam yang sentiasa mengalir dan tak pernah putus.

Antara komen warga maya:

“beruntungnya anak2 kita time macam ni boleh duduk rumah main itu ini.. sedangkan adik ni kena kerja tolong ibu ayah”

“zaman budak2 dikorbankan demi sebuah kehidupan”


Perkongsian yang tular di laman Facebook:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.