Connect with us

Selebriti

“Terpulang mereka mengaku diri sudah bergelar jutawan, cukuplah saya hanya dikenali ahli perniagaan”

Beberapa orang selebriti di negara ini semakin berani tampil mengaku diri mereka kini bergelar jutawan.

Itu adalah hak masing-masing

Menurut Rosyam, bagi dirinya jika masih ada banyak hutang yang perlu diselesaikan belum masanya lagi untuk gelaran berkenaan. Jelasnya, ada kebaikan dan keburukan jika berani mengaku sudah bergelar jutawan.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 53 ditemui, berkata mengaku jutawan itu hak masing-masing dan tak dinafikan kini makin ramai selebriti muda yang menceburi perniagaan.

Untuk saya, cukuplah hanya dikenali sebagai ahli perniagaan

“Pada saya terpulang mereka untuk mengaku diri sudah bergelar jutawan kerana berjaya dalam perniagaan diusahakan”.

“Untuk saya, cukuplah hanya dikenali ahli perniagaan yang aktif dalam bisnes,” lapornya kepada Harian metro.

Jika masih banyak hutang tak sesuai dengan gelaran jutawan

“Gelaran jutawan atau tidak itu, biarlah kerana definisi saya untuk bergelar jutawan, seseorang itu sudah pasti memiliki wang tunai atau simpanan berjumlah jutaan ringgit”.

“Untuk saya, setakat ini masih ada banyak hutang perlu diselesaikan dan tak sesuai rasanya dengan gelaran (jutawan) berkenaan. Lagi pun, apabila berani mengaku sudah jutawan semestinya ada pro dan kontra”.

Kejayaan menjadi jutaan mampu jadi inspirasi orang ramai

“Dari aspek pro, boleh kita lihat kejayaan sudah jutawan itu mampu dijadikan inspirasi oleh orang ramai untuk lebih berusaha hingga berjaya”.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah memenangi Anugerah Penerbit Telenovela Prolifik malam ini di Malam Anugerah TELENOVELA 2019

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

“Manakala, kontranya ialah perihal keselamatan yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan waspada,” katanya.

Peluang selebriti masa kini lebih mudah

Jelas Rosyam yang masih aktif berlakon lagi memaklumkan, peluang selebriti masa kini untuk mendapat kehidupan menyenangkan agak mudah kerana ada pelbagai cabang platform untuk mereka menjana pendapatan.

Jika berbanding orang lama seperti dirinya dahulu lebih mencari peluang untuk dipilih sebagai duta produk oleh rangkaian syarikat terkemuka sebagai usaha menambah pendapatan.

Jika rajin berusaha pasti akan berjaya

“Sekarang, jika seseorang selebriti itu rajin berusaha pasti dia akan berjaya. Umpamanya, menceburi perniagaan, aktif di platfom media sosial serta digital, termasuk ada ramai peminat”.

“Saya dapati, buat ‘review’ produk di Instagram pun selebriti dibayar. Begitu juga, kandungan video di saluran YouTube. Pendek kata, cabang untuk peroleh pendapatan lain itu memang ada banyak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Selamat malam semua. Semoga tidur kalian dapat mimpi indah

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Perkembangan terbaru Rosyam menerusi syarikat produksinya, Suhan Movies & Trading akan tampil menerbitkan filem baharu berjudul Juang.

Menurut Rosyam, ia karya yang diyakini akan menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia kerana kita semua melalui pengalaman ‘berperang’ memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda negara pada Mac lalu.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.