Isu tersangkut dalam lif bukanlah satu perkara yang baharu tidak kiralah bangunan tersebut lama ataupun baru dibina.
Seperti yang kita tahu, kita tidak akan dapat oksigen yang secukupnya jika berada di dalam lif apatah lagi pada jangka masa yang lama.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana salah seorang mangsa yang terperangkap di salah sebuah lif di ibu kota, Kuala Lumpur pengsan setelah lebih sejam tersangkut mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, kelihatan seorang wanita yang turut terperangkap di dalam lif tersebut sempat merakamkan situasi yang berlaku.
Dapat kita lihat, mereka yang pasa awalnya berdiri akhirnya terduduk kerana kekurangan oksigen dan udara.
Lebih menyedihkan apabila terdapat warga emas di dalam lif berkenaan. Pakcik tersebut dilihat membuka beberapa butang baju yang dipakai kerana panas sebelum akhirnya pengsan di dalam lif sementara menunggu bantuan tiba.
Difahamkan, Mereka yang terperangkap dalam lif sejak jam 5:30 petang akhirnya berjaya diselamatkan selepas pihak bomba tiba di lokasi sekitar jam 7 malam.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa risau setiap kali menaiki lif kerana takut sekiranya kejadian yang sama jadi kepada mereka.
“Inilah yang paling saya takut kalau naik lif. Memang auto panik kalau ramai sangat masuk.” Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga simpati dengan nasib mangsa tersangkut terutamanya warga emas yang berada di dalam lif berkenaan.
Antara komen warga maya:
“Benda paling risau setiap kali masuk lif”
“Lama juga 1 jam 2o min..”
“Allahu saya masih trauma dengan lift hkl ni.. pernah jadi macam ni gak… saya berdua dengan anak.. takut sangat”
“Haritu akak tu sorang2 tengah pregnant terperangkap dalam lif..”
Video yang tular di laman TikTok: