Dalam hidup kita, pasti pernah terjumpa dengan orang lain yang memakai baju sama dengan kita.
Dan biasanya dalam keadaan tersebut, kita pasti cuba untuk mengelakkan diri dari bertembung dengan orang tersebut.
Terutama sekali bagi wanita dimana rata-rata mengakui jika memakai pakaian serupa dengan orang lain akan menyebabkan mereka cuba untuk mengelak daripada situasi yang dianggap memalukan itu.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan gadis ternampak seorang lelaki di jalan raya memakai kemeja sama seperti salah seorang daripada mereka mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syasyoo_, kelihatan lelalki tersebut sedang menunggang motorsikal ke satu destinasi yang tidak diketahui.
Pun begitu, apa yang buatkan ramai terhibur adalah corak bajunya sama seperti salah seorang wanita yang berada di dalam kereta tersebut.
Apa yang lebih melucukan adalah wanita tersebut tidak dapat menahan ketawanya kerana langsung tidak menyangka akan berjumpa dengan seseorang yang memakai baju yang corak dan warnanya sama.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 58.4K tontonan, 6743 tanda suka, 141 komen dan 77 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat wanita tersebut yang hanya mampu ketawa melihat orang yang memakai baju sama dengannya.
“Jodoh dah ada tapi salah kenderaan. Tak kirim salam dengan abang tu ke? Haha” – Netizen
Dalam masa yang sama, para netizen juga berseloroh mungkin ‘abang’ itu merupakan jodohnya bahkan ada juga warganet yang berkongsi pengalaman yang sama dimana secara kebetulan terserempak dengan individu yang memakai baju sama.
Antara komen warga maya:
“saya pun ada”
“ni mesti kes gaduh ni”
“jodoh salah kenderaan”
“ngekek aku gelak”
“selamat tak buka cermin kereta”
“untung la senang2 je jumpa jodoh”
“jodoh tak salah alamat”
“tak kirim salah dangan abang tu ke?”