Lepas penat memandu berterusan selama bebarapa jam, mesti kita akan ambil masa sikit untuk nak lepaskan rasa penat di badan.
Kawasan rehat dan rawat atau R&R lah kawasan yang paling sesuai untuk kita berbuat sedemikian.
Tapi, pernah tak korang tertinggal sesuatu yang berharga dekat kawasan rehat tu?
Bercakap soal tertinggal, begitulah nasib seorang adik lingkungan berumur 6-7 tahun ini tidak sengaja ditinggalkan dia ibu bapanya yang menyinggah di kawasan R&R.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di R&R Gunung Semanggong, Perak sekitar jam 7 petang semalam.
Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @maiepy84 memaparkan kanak-kanak lelaki tersebut menangis teresak-esak setelah menyedari dia ditinggalkan ibu bapanya.
Kanak-kanak itu juga dihampiri oleh seorang lelaki dimana lelaki tersebut dipercayai pekerja di kawasan tersebut kerana dilihat menyarungkan uniform R&R.
Nasib baik masih ada lagi orang Malaysia yang baik hati dan prihatin seperti lelaki tersebut yang tolong tengok-tengokkan kanak-kanak lelaki tersebut sementara ibu bapanya berpatah balik untuk mendapatkan anak mereka.
Pun begitu, kanak-kanak yang ditinggalkan itu dilihat tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Mungkin dah dipesan awal-awal oleh ibu bapanya supaya tidak terlalu baik dengan orang luar.
Ketika dia dipujuk oleh pekerja R&R itu, dia enggan didekati malah siap memalingkan badannya meskipun niat pekerja itu baik.
Kata @maiepy84 lagi, hampir sejam lebih baru ibu bapa kanak-kanak itu tersedar yang mereka tertinggal buah hati mereka ini.
Namun, menurut info semasa mujurlah kanak-kanak itu telah pun diambil semula oleh ibu bapanya.
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Namun rata-ratanya memuji sikap kanak-kanak lelaki itu kerana tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dia kenali.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“Wlpun dah besar, saya selalu ingatkn ayah saya, jangan tinggalkn sy kt RNR. 2kali sy kena tggl. Sekli kt G.Semanggol, Sekli kt tapah😂”
“dia tkut tu dgn org x kenal”
“cara adik tupun bagus sebenarnya dia xikut org yg xdikenali, mengharap ibubapanya dtg 😌”
“Salam sejahtera.. terima kasih atas jasa baik keperihatinan tuan² & puan² semua.. INFO sahih.. adik tu dah ditemukan dgn keluraganya.. alhamdulillah”