Connect with us

Semasa

Tertuduh Dihukum Penjara 6 Tahun, Waris ‘Geng Basikal Lajak’ Luah Rasa Lega

Masih ingatkah kita dengan seorang kerani yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak kira-kira 5 tahun lepas?

Terbaru, Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 ke atas seorang wanita yang dikenali sebagai Sam Ke Ting, 27 tahun.

Ini sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu, yang mengekalkan keputusan untuk membebaskan terduduh daripada tuduhan terbabit.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Turut berasa lega, waris kepada ‘geng basikal lajak’ yang juga merupakan ibu kepada Allahyarham Mohamad Azhar Amir, iaitu Sabariah Yusof terima apa jua ketentuan dan keputusan yang ditetapkan malah dia juga akui bahawa sehingga kini tidak dapat melupakan tragedi berdarah itu.

“Saya sebenarnya tidak tahu pun keputusan kes itu hari ini, namun saya bersyukur dan lega apabila ia sudah berakhir.”

“Trauma kehilangan anak disayangi masih belum dapat saya lupakan apatah lagi Allahyarham amat manja dan rapat dengan saya. Selama tiga tahun saya kerap terjaga dari tidur dan mencari Allahyarham, sebelum menyedari dia sudah meninggalkan saya malah katil arwah di ruang tamu ini juga masih tidak diubah dan dijaga rapi.”


“Allahyarham anak yang baik yang menjaga dan menggembirakan saya, malah setiap malam membantu mencari pendapatan tambahan dengan menjual puding yang saya dimasak di sekitar kawasan rumah.”

“Saya terima apa jua keputusan mahkamah hari ini dan mahu melupakan episod sedih dalam hidup saya ini,” katanya

Ditanya sama ada memaafkan tertuduh kes berkenaan, Sabariah hanya tersenyum sambil mengesat air matanya.

“Saya tidak tahu bagaimana nak terangkan perasaan ini namun saya reda atas apa yang berlaku,” katanya.

Memetik laporan sumber, salah seorang geng basikal lajak yang terselamat dari kejadian itu iaitu Muhamad Arif Salman, 20. Mangsa dikatakan parah namun berjaya diselamatkan namun mengalami kesan emosi berpanjangan sehingga kini.



Bapanya, Salman Ahmed, 56, berkata anaknya yang mengalami gegaran otak selain menerima puluhan jahitan di kepala dan anggota badannya, tidak mahu lagi apa-apa perkara mengenai tragedi itu mahu pun perkataan basikal diucapkan di hadapannya.

“Pada tiga bulan pertama selepas kejadian, anak saya yang berusia 16 tahun sering memanggil nama tiga rakan baiknya yang terkorban dalam kejadian itu.

“Kami hanya berani memaklumkan rakannya itu sudah meninggal dunia selepas setahun tragedi itu berlalu. Selepas itu anak saya berubah dengan emosinya tidak stabil kesan trauma kejadian itu.

“Jadi sehingga hari ini kami sekeluarga tidak pernah membangkitkan lagi isu mengenai tragedi itu atau bercakap mengenai topik membabitkan basikal kerana ia sangat sensitif buat anak bongsu kami, ” katanya.

Video yang tular :

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.