Connect with us

Viral

Teruja Bertemu Ustazah Asma’, Oktovia Manrose Luah Rasa Syukur ‘Join’ Majlis Ilmu Saat Akhir

Sejak kebelakangan ini, kita sering lihat ramai selebriti wanita tanah air yang mula berhijab serta menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendalami agama Islam untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Iospital phone repair gombak

Sama juga ceritanya dengan seorang pelakon terkenal Oktovia Manrose ini apabila meluahkan rasa syukur dan teruja kerana berpeluang menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun di saat-saat akhir.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagramnnya ini, memaparkan beberapa keping foto mesra bersama Ustazah Asma’ Harun dan adiknya Apreena Manrose.

Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Fira dalam drama ‘Bila Cupid Jatuh Cinta’ juga menyifatkan pendakwah itu sangat ‘humble’ dan baik serta berharap ia akan menjadi sebab-sebab untuk dirinya kekal istiqomah.

“BismillahiMasyaAllah. Assalamualaikum. Alhamdulillah rasa bersyukur atas pertemuan baru2 ni di majlis Maulid Akhbar yang dianjurkan oleh @ustazahasmaharun. Jemputan last minute tapi Allah permudahkan…

“Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir. MasyaAllah. Ustazah sangat baik, sangat humble, semoga menjadi asbab saya kekal istiqomah. Tarik lah saya dan kami semua ke syurga Allah ustazah,” katanya.

Dalam pada itu, Oktovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman ini turut mengharapkan agar peminat dan pengikutnya akan sentiasa mendoakan dirinya. Malah dia juga mengajak orang ramai supaya menyertai majis ilmu supanya dapat bersama-sama menuju ke arah kebaikan.

“Dan kepada sahabat saya , pengikut saya yang selalu meyokong saya dan mendoakan saya agar kekal istiqomah. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan majlis2 ilmu yang menceritakan kebesaran Allah SWT dan Rasullullah SAW. Saya akan mendoakan agar kita semua dapat berkumpul didalam majlis seperti ini lagi dan lagi. Hanya Allah yang dapat memberi hidayah…”

“Tapi usaha kita adalah untuk bersama2 mengajak ramai lagi sahabat muslimat untuk bersama2 berada di dalam perjumpaaan majlis ilmu seperti ini . InsyaAllah…” tambahnya lagi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan Oktovia Manrose yang cantik berhijab. Malah ramai yang meluahkan rasa syukur dengan perubahan pelakon ini dan turut menitipkan doa agar sentiasa istiqomah.

Antara komen warga maya:

“ya Allah…cantiknya Oktovia berhijab…”


“love you all…suka tengok you all macam ni..”

“alhamdulillah suka tengok perubahan awak…”

“masha’Allah tabarakallah…semoga istiqomah…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

Continue Reading
Advertisement