Bila manusia hilang pertimbangan, maka dia akan melakukan apa sahaja mengikut nafsunya. Tidak kira lah ada masalah rumah tangga apa sekali pun namun cubaan membunuh tetap salah malah mana-mana agama sekalipun tidak mengajar kita untuk membunuh.
Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dilaporkan telah ditetak oleh suaminya dalam kejadian di Beach Road pada Khamis mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @utusantvofficial, pada awalnya seorang pekerja dari kedai makan berhampiran berkata dia melihat seorang wanita berlari keluar dari belakang salah sebuah kedai dan seorang lelaki datang kepadanya dengan membawa pisau pemotong sebelum menetak wanita itu berkali-kali menggunakan senjata tajam tersebut
Dapat juga kita lihat, orang ramai membantu wanita tersebut dengan membaling beberapa jenis barang ke arah lelaki tersebut.
Angkatan Pertahanan Awam Singapura berkata bahawa mereka telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada jam 5.30 petang.
“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 46 tahun itu didakwa menyerang wanita itu menggunakan pisau pemotong.”
“Sebelum ketibaan pegawai, lelaki itu dipercayai telah mengelar pergelangan tangan isterinya,” kata pihak Angkatan Pertahanan Awam Singapura.
Pisau pemotong yang digunakan di dalam kejadian tersebut juga telah dirampas oleh pihak polis.
Komander Bahagian Polis Pusat, Asisten Komisioner Polis (JPA) Jeremy Ang berkata pihaknya memuji orang ramai yang telah menghalang lelaki itu daripada terus membahayakan wanita itu.
Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada Sabtu ini atas cubaan membunuh dan boleh dipenjara seumur hidup atau sehingga 20 tahun serta denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Mengulas lanjut, seorang pemilik restoran memberitahu bahawa mangsa merupakan salah seorang pekerjanya.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 7.3M tontonan, 314.1K tanda suka, 8510 komen dan 19.7K perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib wanita tersebut dan berang dengan tindakan suaminya yang langsung tidak memikirkan keadaan isterinya malah sanggup tetak berkali-kali.
Bukan itu sahaja, warga netizen juga menyatakan jika terkena pisau sedikit pun sudah terasa pedih, ini kan pula jika ditetak berkali-kali.
Antara komen warga maya: