Connect with us

Viral

“Tetap santai..” Gadis Korea Kagum Lihat Rakyat Malaysia Sabar & Tidak Potong Barisan Curi Perhatian Netizen

Dengan kemudahan pengangkutan awam, pengguna dapat menuju ke destinasi yang ingin dituju dengan harga yang lebih jimat dan lebih penting sekali, dapat mengelakkan kesesakan jalan raya.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi, apabila waktu kemuncak ‘rush hour’ seperti waktu pergi dan pulang dari bekerja.

Walau sesak mana sekalipun, jarang sekali kita lihat pengguna bertolak-tolakan dan sentiasa sabar dalam barisan sebelum masuk ke dalam tren tersebut.

Itulah pengalaman yang dirasai oleh gadis Korea ini, di mana dia meluahkan rasa kagum apabila melihat pengguna ‘mass rapid transit’ (MRT) begitu tenang dalam barisan masing-masing sewaktu menunggu tren.

“Sebagai seorang Korea, saya sangat kagum melihat rakyat Malaysia sangat penyabar dan bertolak-ansur (ketika menunggu MRT).

“Tiada tolak-menolak dan menghormati ruang antara satu sama lain,” kata Bora yang berasal dari Korea itu.

Dalam pada itu, dia sempat berkongsikan foto pengguna tren di Korea yang baginya berbeza dengan sikap bertolak ansur rakyat Malaysia.

“Ianya sangat menyakitkan sewaktu ‘rush hour’ di Seoul,” tulisnya.

Tambah Bora, dia berpendapat bahawa rush hour di Malaysia sangat bagus dan dia merasakan bahawa dia mampu untuk menghadapinya dengan tenang.

“Waktu kemuncak di Malaysia sangat bagus! Saya rasa saya boleh menghadapi ‘rush hour’ di sini dengan terkawal,” kata Bora.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya menyatakan bahawa di luaran sahaja nampak tenang, tetapi di ‘dalam’ betapa bergeloranya perasaan mereka.

Bahkan ada juga warganet yang tidak kisah, asalkan mereka boleh pulang dengan selamat walaupun lambat.

Ada pula netizen yang berseloroh mengenai betapa ‘tenangnya’ trafik di Malaysia nanti apabila menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Antara komen netizen:

“we grow up with “biar lambat asal selamat” means its okay to be late as long as you’re safe”


“The outside looks calm inside heart very chaos one 😅😅😅😅”

“later please check out how we all very calm in heavy trafic balik kampung for hari raya😂”

Video TikTok yang tular:

@borainkl Rush hour in MRT! Impressed by Malysian people #borainkl #kl #klexpat #mrt #mrtride #rushhour #fyp ♬ If We Ever Broke Up – Mae Stephens

Continue Reading
Advertisement