Laungan azan merupakan syiar Islam yang kita dengar saban hari dan menjadi satu nikmat buat semua umat islam bahkan ramai yang akui laungan azan dapat menenangkan jiwa seseorang.
Dari segi bahasa, azan maknanya memberitahu. Dari segi syarak pula, azan ialah perkataan tertentu untuk memaklumkan orang ramai tentang masuknya solat fardhu.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak kecil bertanyakan kepada ayah dan ibunya mengenai azan telah menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rzreez, kelihatan mereka sedang berada di salah sebuah pusat beli belah di Dubai.
Pun begitu, sedang mereka berjalan-jalan, kedengaran laungan azan menandakan sudah masuk waktu solat fardhu.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai adaah, anaknya tia-tiba bertanya bunyi apakah itu dan apa maksudnya.
Tidak cukup dengan itu, budak kecil itu turut memuji kemerdua azan yang dilaungkan.
Dia yang pada ketika itu berdiri bagaimana pun berjalan-jalan dan memandang ke atas seolah-olah mencari daripada mana datangnya suara yang merdu itu. Kedengaran juga suara ayahnya yang menerangkan maksud azan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kanak-kanak tersebut dan akui reaksinya itu sangat ikhlas setelah pertama kali mendengar azan.
Bukan itu sahaja, netizen juga bangga menjadi seorang muslim dan menyifatkan laungan azan mampu melembutkan jiwa yang keras.
Antara komen warga maya:
“Bayangkan kalau dia dah besar & dia nak cari bunyi azan yang dia dengar masa kecik?”
“Pure soul.. child got goosebumps from listening to our beautiful Adzan…”
“Allahuakhbar.. merasa terpanggil”
“Sayu je azan boleh lembutkan hati yang keras..”
“Pure heart.. only the pure heart one who feel called when listening to Adzan”
Video yang tular di laman TikTok: