Connect with us

Viral

“Tiada kelibatnya dalam dewan” Anak Ziarah Pusara Ibu Pakai Jubah Konvo Undang Sebak Ramai

Majlis Konvokesyen merupakan satu hari kebesaran untuk graduan, kerana ia membawa maksud graduan sudah berjaya menamatkan pengajian.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, setelah berhempas pulas berdepan dengan cabaran belajar demi meraih keputusan yang membanggakan, inilah masa yang sangat dinantikan buat setiap pelajar.

Apa yang membuatkan majlis tersebut lebih bermakna adalah dengan kehadiran insan yang amat penting dalam hidup seperti ibu dan bapa.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda menziarahi pusara ibunya sambil memakai jubah konvokesyen University Malaysia Kelantan (UMK) nyata mengundang sebak ramai.

Memetik laporan mStar, dia yang dikenali sebagai Dr Mohd Faradi Mohamed Ghazali, 36, akui sebak mengenangkan ibunya, Allahyarham Rohan Mohammad yang tidak sempat untuk meraikan hari bahagia itu bersamanya.

“Ibu berhasrat untuk pergi konvokesyen saya, tapi apakan daya dia dijemput llahi dua bulan sebelum majlis itu. Jadi, saya pergi ke kuburnya untuk tunjuk kejayaan. Sebab doa dia saya berjaya pada tahap sekarang.”

“Ketika saya konvokesyen degree dan master dulu, ibu merupakan tetamu kehormat saya. Tetapi ketika konvokesyen
22 Oktober lalu, tiada kelibatnya di dalam dewan. Ketika masuk dewan pun air mata saya dah bercucuran. Mujur boleh sorok sebab saya pakai pelitup muka.”


“Rasa janggal apabila orang yang sentiasa ada dalam perjuangan saya tiba-tiba tiada pada hari saya nak hadiahkan kecemerlangan kepadanya. Saya rancang tak mahu hadiri konvokesyen, tapi saya teruskan juga sebab fikir mengenai ayah dan adik-beradik,” ujarnya.

Senang disapa Faradi, pensyarah sebuah universiti awam di Terengganu itu berkata Ibunya merupakan inspirasi terbesar dalam perjuangan meskipun Allahyarham bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi.”

“Arwah belajar sampai tingkatan tiga saja. Tapi dia sentiasa doakan kejayaan sayadunia akhirat. Ketika saya tamat peperiksaan lisan (Viva) pada tahun lepas, saya terus hubunginya. Saya cuma cakap saya lulus peperiksaan sebab dia tak faham apa itu Viva.

“Walaupun tak faham, ibu tetap jadi inspirasi. Doa ibu membuatkan saya kuat untuk menamatkan pengajian hingga ke peringkat ini,” ujarnya yang sudah tujuh tahun bergelar pensyarah bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan.

Imbas Faradi yang berasal dari Kuala Terengganu, ibunya jatuh sakit pada Disember tahun lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 2 ogos 2022.

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Continue Reading
Advertisement