Seperti yang kita tahu, Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 telah berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama enam hari dan disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia.
Dapat kita saksikan dimana wakil negara beraksi dengan sangat cemerlang termasuklah pesilat wanita negara, Merrywati Manuil yang meraih pingat emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menumpaskan pesilat dari Indonesia, Puspa Arumsari.
Aksi lincahnya nyata membuatkan ramai kagum. Pun begitu, bukan sahaja persembahannya membuatkan ramai terpegun malah pakaiannya juga turut menjadi bualan ramai.
Manakan tidak, Merrywati dilihat memakai tudung ketika pertandingan tersebut walaupun dia bukan beragama Islam.
Bagaimana pun, Merrywati tampil menjelaskan perkara tersebut di Facebook setelah ramai yang bertanya.
“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian.
“Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.”
“Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan,” katanya.
Dalam masa yang sama, dia juga akui tiada mana-mana pihak yang memaksanya berbuat demikian malah itu adalah keputusan daripada dirinya sendiri.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.”
“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak, saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji dirinya yang kelihatan sangat anggun mengenakan tudung.
Bukan itu sahaja, netizen juga kagum melihat dirinya yang membuat keputusan untuk bertudung oleh kerana menghormati bangsa melayu.
Antara komen warga maya:
“adab mendahului ilmu”
“orang menghormati adat budaya & syariat islam patut kita bangga.. itu satu penghormatan untuk kita..”
“terima kasih kerana menghargai dan menghormati budaya melayu”
Perkongsian yang tular:
Video silat Merrywati: