Connect with us

Semasa

Tiada Wang Nak Bayar Tambang ke KLIA, Lelaki Jalan Kaki Dari Selayang Nak Balik Sarawak

Seorang lelaki nekad berjalan kaki dari Selayang ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke kampung halamannya di Sarawak. Di Facebook, Kuan Chee Heng berkongsi kisah tersebut selepas kakak lelaki itu memohon bantuannya menerusi Whatsapp. Sumpah anak jati Sarawak. Berjalan kaki dari Selayang ke KLIA. Dahsyat. 2 jam masih di jalan Kuching. Setelah penat berjalan, […]

Seorang lelaki nekad berjalan kaki dari Selayang ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke kampung halamannya di Sarawak.

Menerusi perkongsian di Facebook, Kuan Chee Heng berkongsi kisah tersebut selepas kakak lelaki itu memohon bantuannya menerusi Whatsapp.

“Sumpah anak jati Sarawak. Berjalan kaki dari Selayang ke KLIA. Dahsyat. 2 jam masih di jalan Kuching. Setelah penat berjalan, call saya untuk bantuan.

“Anak Sarawak, You are simply awesome. Nak balik ke Sarawak dan flight pukul 5 petang ini. Tiket sudah beli. Family belikan.

“Nak pergi airport, duit tak ada. Kami terus pergi bantu. Jumpa di Jalan Kuching. Poket langsung tak ada wang. Kita beri RM 200 untuk buat tambang makan dalam perjalananan.

“Anak Sarawak yang berjalan kaki dari Selayang ke KLIA 2 ditahan oleh kami di Jalan Kuching sejurus setelah kami dapat info.

“Flight dia 5.00 pm. Kalau ikut google map dia akan ambil 16 jam untuk tiba di KLIA dan pasti akan terlepas flight dia.

“Niat jalan kaki ke airport kerana poket tak ada wang langsung. Kilang kerja sudah tutup 3 bulan dan belum buka lagi. Kami stop dia di Jalan Kuching dan bawa ke KLIA melalui van kami.”

Uncle Kuan memberitahu dia menerima Whatsapp dari seorang wanita yang memaklumkan mengenai adiknya yang terkandas di Selayang.

Menurutnya, lelaki tersebut tidak mempunyai wang dan mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke KLIA.

Bimbang akan keadaan tersebut, keluarganya meminta bantuan Uncle Kuan dan tanpa berlengah, Uncle Kuan dan pasukannya berjaya menjejaki lelaki tersebut di Jalan Kuching dan menawarkan bantuan.

Terbaru, Uncle Kuan memberitahu lelaki tersebut telah selamat tiba di Sarawak. Lelaki itu turut menghantar Whatsapp kepadanya dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi bantuan tatkala dia berada di dalam kesusahan.

“ANAK SARAWAK SELAMAT SAMPAI DI KLIA…. Nak berjalan ke KLIA dari Selayang kerana tak mampu bayar duit Teksi atau Grab.

“Sedang berjalan kaki dan kami terus cari beliau sehingga dapat dan bawa beliau ke airport….

“KINI LEGA DAN SELAMAT.. KITA BERI RM 200 UNTUK BELI TOP UP DAN DUIT MAKAN… SERTA TAMBANG DI SARAWAK NANTI…”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.