Kanak-kanak zaman sekarang kebanyakannya sudah awal lagi terdedah dengan telefon bimbit. Senang cerita, mereka ni memang tak boleh berpisah dengan gadget. Sebab itu lah ada yang mengamuk jika telefon dirampas oleh ibu bapa mereka.
Malah ada juga ibu bapa yang memberikan gadget kepada anak-anak ketika mereka meragam bagi memudahkan kerja ibu bapa. Namun tahu kah anada, terdapat banyak kesan sampingan yang mampu menjejaskan kesihatan anak-anak termasuk lah masalah juling kronik.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana anak sulung kepada Nurul Afeizah iaitu Luth Harraz Mohamad Fazrin yang baru berumur lima tahun mengalami masalah pada mata kerana dia sudah didedahkan dengan gajet seawal usianya dua tahun lagi.
Memetik lapiran mStar, anaknya itu dilahirkan normal seperti orang lain namun ianya berubah ketika PKP ((Perintah Kawalan Pergerakan) dimana anaknya kerap didedahkan dengan gadget.
“Luth normal seperti kanak-kanak lain sejak lahir. Tapi disebabkan PKP, kebanyakan masa berada di rumah… jadi dia hanya bermain telefon dan menonton televisyen sahaja,” ujar anak kelahiran Ipoh, Perak itu.
Mengakui kesilapannya kerana memberikan telefon terlalu awal pada anak, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bertindak sedemikian bagi membolehkan anaknya duduk diam dan tidak mengganggu dirinya serta suami yang sibuk bekerja apatah lagi pada ketika itu suaminya hilang punca pendapatan disebabkan PKP
“Saya dan suami terlampau sibuk nak cari duit masa tu, jadi terabaikan anak… dan begitulah kesannya kepada Luth,” luahnya sedih.
Bercerita tentang keadaan anaknya itu, dia pada awalnya menyangka Luth hanya bergurau dengan membuat mata juling.
“Bermula tahun lepas lagi, tapi saya tak perasan yang matanya juling kerana menyangkakan Luth hanya bermain. Pada masa itu, memang selalu marah dia sebab buat mata juling.”
“Disebabkan selalu dimarah, dia jadi stres dan nyatakan ia bukan sengaja dilakukan sebaliknya memang mata seperti itu.”
“Semasa balik ke rumah nenek dia pun, ramai yang tegur tentang matanya sebab nampak juling. Sebagai ibu, saya rasa tak selesa apabila ramai yang tegur mata anak seperti itu.”
“Mula tahun ini, apabila dia kembali bersekolah… mungkin banyak fokus guna mata kerana banyak menulis dan sebagainya, julingnya menjadi semakin teruk sehinggakan mata hitam boleh hilang di sebalik pangkal hidung,” luahnya yang kemudian meneruskan rawatan mata untuk Luth.
Menurutnya yang juga penghidap kanser, dia tidak mahu anaknya berdepan dengan masalah kesihatan atau perkara memudaratkan apabila sudah dewasa.
Dia juga bimbang jika anaknya itu menjadi bahan ejekkan di sekolah kerana keadaan mata yang juling.
“Doktor pun ada menyatakan bahawa jika tidak dirawat dari awal, matanya akan kekal juling.”
“Jadi, rawatan bermula awal Januari lalu. Disebabkan Ipoh tidak mempunyai pakar mata bagi kes juling, kes berkaitan Luth dirujuk pada Kuala Lumpur sehingga mendapat pengesahan untuk melakukan pembedahan.”
“Walaupun dimaklumkan bahawa ia tidak akan pulih 100 peratus seperti asal, namun saya bersyukur yang mata Luth masih boleh dirawat. Tapi Luth perlu sentiasa memakai cermin mata untuk menonton televisyen mahupun belajar untuk tempoh tiga tahun,” jelasnya yang mempunyai tiga orang anak.
“Bila saya kongsikan kisah berkenaan Luth di media sosial, rupanya ramai ibu bapa yang menyatakan perkara sama berlaku terhadap anak mereka… jadi saya rasa, ibu bapa tidak sepatutnya penting diri kerana anak akan menjadi mangsa.”
“Saya harap ibu bapa yang lain boleh ambil pengajaran dengan apa yang berlaku pada saya dan anak.”
“Biar anak nak nakal atau menyepahkan rumah, yang penting tidak memudaratkan. Sebelum ini saya bimbang rumah bersepah dan perkara buruk kepadanya jadi memilih untuk memberi gajet kepada anak… iyalah, apabila dia main telefon, saya tidak perlu menjerit marah dia serta tidak penat,” katanya lagi.
Dia juga sempat berpesan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati mendedahkan anak dengan gadget malah meminta bu memantau atau menghadkan penggunaan gadget pada anak-anak.