Connect with us

Viral

Tiba-tiba Lif Jatuh Masa Isi Barang, Lelaki Sempat Keluar Nyaris ‘Berpisah’ Dengan Nyawa

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Jika sentuh tentang ajal, sememangnya ia tidak cepat dan tidak lewat walaupun sesaat. Andaikata belum takdir untuk nyawa berpisah dengan badan, berlakulah insiden yang teruk sekali pun, tetap terselamat dengan izin Allah.

Namun andai kata takdir bahawa nyawa perlu ditarik maka berlaku insiden yang kecil sahaja pun mampu menghantar kita ke negara abadi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda yang terselamat daripada nahas lif mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat nak oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jordantugrul, dapat dilihat bahawa pemuda itu sedang membawa masuk sebuah troli berisi barangan ke dalam lif. Namun secara tiba-tiba lif tersebut terjatuh secara mengejut.

Namun pemuda tersebut beruntung kerana dia terselamat dari nahas itu apabila lif tersebut jatuh sebaik sahaja kakinya melangkah keluar.

Video yang tular di laman TikTok:

@jordantugrulThis was a close one 😳

♬ original sound – Jordan Tugrul

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.6M tontonan 272.4K tanda suka, 5401 komen dan 19.2K perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menghembuskan nafas lega apabila melihat lelaki tersebut terselamat daripada nahas lif itu kerana perkara tersebut berlaku sekelip mata sahaja.

Bukan itu sahaja, malah para netizen turut terkejut dengan insiden tersebut dan ada juga yang berkongsikan pengalaman dimana mereka hampir menemui ajala apabila terselamat daripada beberapa insiden lain.

Berikut merupakan antara komen warga maya :

“my literal fear every time i get out of an elevator”

“glad you’re okay.. my stomach dropped”

“my soul already left my body”


 

Lihat sahaja lah riak mukanya yang terkejut akan hal tersebut dan ada juga netizen yang mengakui andai mereka berada di tempat pemuda tersebut pasti akan menangis ketakutan selepas kejadian itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.