Connect with us

Semasa

Tidak Bersyukur! Bilik Kuarantin Ditinggalkan Bersepah dan Dirosakkan

Salah satu langkah kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 adalah dengan menyediakan pusat kuarantin yang pastinya sangat selesa terutamanya yang baru pulang dari luar negara dan pelajar IPT.

Malah bukan sekadar tempat tinggal, makanan serta minuman sebanyak tiga kali sehari turut disediakan bagi mereka yang dikuarantin di bawah pengurusan hotel-hotel yang telah diwartakan khusus oleh kerajaan.

Namun begitu, masih ada jenis manusia yang tidak tahu erti bersyukur apabila dengan sengaja meninggalkan bilik dalam keadaan bersepah dan merosakkan barang selepas dibenarkan pulang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna berkongsikan kejadian dan juga situasi yang kini sedang menimpa bilik kuarantin di sebuah pusat yang tidak dinyatakan.

Menurutnya, kebanyakan individu yang tinggal di pusat kuarantin tersebut sebelum ini adalah didakwa merupakan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.

Terjemahan : Sikap segelintir orang kita. Tempat kuarantin bukan sembarangan, dah lah percuma. Lepas 2 minggu beginilah keadaan bilik itu. Siapakah yang mendiami bilik tersebut? Kotor dan tidak bersyukur mengalahkan kera. Aduhai. Sekiranya dia ini orang Sarawak, memang memalukan.

“Tempat kuarentin. Kluster mana yang buat sampai mcm ni? Ya Allah. Ni org ke monyet yang duk dalam tu.”


“Tercabut segala2nya. Seram sial. Mcm org xwaras je yang duk dlm tu.”

“Sorry kalau wan agak kasar. Tpi diorg ni sptutnya bersyukur. Ayah wan merupakan Kluster Tabligh tapi alhamdulillah dah discharge dan dah balik rumah duduk kt tmpt ni je. Tiada aircond, tiada kemudahan mcm kluster kayangan tu. Tv xda, meja xda. Makan kt lantai, masak sendiri”

Ternyata perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai di media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa amarah dan mengharapkan agar pihak kerajaan dapat mengesan siapa yang berada di dalam pusat tersebut.

Mereka juga mahu pelaku tersebut menerima hukuman agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.