Pada masa kini, ramai yang menggunakan applikasi navigasi seperti Waze ataupun Google Maps untuk memudahkan perjalanan. Jika jalan sesak, applikasi ini juga dapat memberikan jalan alternatif lain untuk pengguna jalan raya.
Namun lain pula ceritnya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penunggang motosikal diselamatkan oleh pihak berkuasa selepas 11 jam tersesat mengikut laluan yang diarahkan oleh Waze mencuri perhatian ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @markpik86, difahamkan pemuda yang dikenali sebagai ‘Wan’ mahu pulang ke Sepang dari Bukit Bunga, Kelantan.
Namun apa yang menghairankannya adalah Waze telah membawanya ke beberapa laluan yang tidak pernah dilaluinya.
Antara laluan yang dilalui Wan, dari Raub ke Bukit Fraser, kemudian menembusi Hulu Selangor. Sejurus menerima live location yang diberikan oleh Wan, @markpik86 segera menuju ke lokasi tersebut.
“Kesian adik Wan kena tipu Waze sampai lalu jalan gelap terpaksa call 999 sebab jalan tak pernah lalu dari Raub ke Bukit Frazer
tembus Hulu Selangor sedangkan dia nak balik ke Sepang”
“Nasib baik angkat kite call dapat dan suruh dia bagi live lokasi.. Alhamdulillah kita terus bergerak ke lokasi dia bagi.. Dia masuk jalan kecik berliku gelap..”
“Alhamdulillah kita selisih dengan dia.. tengok raut muka dia syukur sangat2.. kita temubual dia lebih kurang jam 3 petang bertolak dari Bkt Bunga Gua Musang maknanya 11 jam atas moto…”
“Allahu jalan tu sebenarnya tak sampai pon 5 jam dan jarang orang akan lalu dik.. Dia cerita jalan berkabus sampai jumpa kubur pastu bau2 lagi”
“Dah bagitahu dia sampai rumah ja bagitahu balik sebab dah suruh dia rehat2 KKB dahulu tapi dia tak nak. Abang boleh Tolong apa yang mampu ja dik..” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib lelaki berkenaan malah segelintir daripa mereka akui pernah ‘terkena’ perkara yang sama dimana dibawa ke laluan yang tidak pernah dilalui kemudian sampai di tempat yang kurang menyenangkan seperti tanah perkuburan, kawasan perumah terbiar atau di tepi hutan.
Bukan itu sahaja, netizen juga mencadangkan agar menggunakan Google Maps berbanding Waze sekiranya mahu menggunakan aplikasi penunjuk arah pada waktu malam kerana data laluannya lebih baik.
Tidak cukup dengan itu, mereka berpesan agar set ikon pada Waze menggunakan kereta walaupun pengguna menunggang motosikal kerana aplikasi itu akan memberi petunjuk arah jalan terpintas yang boleh dilalui oleh motosikal seperti kawasan berhutan dan laluan kecil.
Antara komen warga maya:
“Aku tak guna waze.. hanya google maps je..”
“Elakkan set icon motor tu.. sebab bila motor dia akan bawa jalan shortcut yang dalam hutan semua dia pi bawa..”
“Baca Al-Fatihah.. InsyaAllah jumpa jalan.. sebab dalam tu ada maksud tunjukkan lah kami jalan yang lurus”
Video yang tular di laman TikTok: