Kisah Amir yang telah ‘pergi’ selepas berada di bawah jagaan ibu kandung dan juga bapa tirinya terus mendapat perhatian ramai.
“Bukan tak (tidak) boleh terima tetapi sedih seandainya kematiannya disebabkan kekejamann manusia,” kata Norlida Hassan, ibu angkat Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, yang dilaporkan meninggal dunia semalam.
Amir pergi selepas 3 bulan diambil ibu kandung
Menurut Norlida, 48, yang menetap di Rawang, Selangor mengakui terkejut dengan pemergian Zubaidi Amir Qusyairi atau mesra dipanggil Amir.
Ini kerana ia berlaku dengan tiba-tiba selepas tiga bulan anak angkatnya itu tidak tinggal bersamanya, kongsi Norlida kepada Harian Metro.
Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri
Jelas Norlida, bukan hanya dirinya malah seluruh ahli keluarganya terkesan dengan pemergian Amir yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.
“Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri, tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya”.
Dia anak yang petah dan bijak orangnya
“Dia anak yang petah bercakap, bijak orangnya jadi pemergiannya memberi kesan bukan kepada saya seorang tetapi juga suami juga anak lain iaitu kakak dan abangnya”.
” Kalau kena marah sikit sekalipun,dia akan menangis,memanggil Umi (nama panggilan Amir buat Norlida) jadi tidak kasihan ke individu itu kepadanya,” katanya yang sebak.
Allah permudahkan perjalanan kami
Ujar Norlida lagi, sebaik mengetahui berita pemergian Amir, dia dan seluruh ahli tidak berlengah sebaliknya terus keluarga terus bergegas ke Melaka, malam tadi.
“Selepas dapat tahu, kami terus ke balai polis berhampiran meminta kebenaran untuk merentas negeri”.
” Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan sehingga kami selamat tiba di sini (Melaka)”.
Saya harap keadilan ditegakkan buatnya
“Saya cuba terima pemergiannya cuma berharap keadilan ditegakkan buatnya jika benar,” katanya
Sementara itu, anaknya, Tuhfah Nazihah Md Tarmidi, 26, berkata, kali terakhir dia dan keluarganya pada akhir Oktober lalu iaitu beberapa minggu selepas menyerahkan Amir kepada ibu kandungnya.
Tidak dapat hubungi dan pelbagai alasan diberi ibu kandungnya
Menurut Tuhfah, suara Amir masih riang seperti kebiasaannya ketika itu cuma selepas itu, dia sekeluarga tidak dapat lagi menghubungi Amir kerana pelbagai alasan diberi ibu kandungnya.
“Saya dapat tahu mengenai kematian Amir selepas dihubungi jiran yang juga pengasuhnya petang semalam”.
Perancangan bertemu dengannya tertangguh disebabkan PKP
“Macam tak percaya kerana ada rasa tidak sedap hati sejak kebelakangan ini kerana memikirkan Amir dan Umi (ibu) memang ada perancangan ke Melaka untuk bertemu dengannya tetapi tertangguh disebabkan PKP”.
“Kami semua terkilan dan sedih malah tidak sangka dia meninggal dunia dalam keadaan sebegitu”.
Kami tunggu keputusan forensik tengah hari ini
“Buat masa ini mayattnya masih dibedahsiasat di Hospital Melaka. Jadi, kami semua perlu menunggu keputusan penuh forensik tengah hari ini,” katanya.
Terdahulu, kejadian dilaporkan kira-kira jam 4 petang apabila Zubaidi Amir ditemukan dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecedraan di beberapa bahagian badan.
Oktober tahun lalu, kisah kanak-kanak ini tular di media sosial apabila Zubaidi Amir yang terpaksa berpisah dengan keluarga angkat selepas diambil semula oleh ibu kandungnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizent turut sebak dan sedih dengan apa yang menimpa adik Zubaidi Amir.