Connect with us

Semasa

Tidak Selesa Bertubuh Gempal, Dokor Lulusan Mesir Ini Tekad Turunkan Berat 40Kg

Setiap orang pastinya berkeinginan untuk kurus dan sihat. Namun tak ramai yang sanggup berkorban untuk menjaga makan dan bersenam.

Malah, kebanyakannya yang betul-betul tekad untuk kurus adalah hasil dorongan persekitaran dan diri sendiri yang betul-betul mahukan perubahan.

Sama seperti orang lain, doktor muda ini yang benama Luqman Hazri pernah memiliki berat badan yang agak membimbangkan iaitu 120kg, lapor mStar.

Walaubagaimanapun, semasa berbadan gempal, Luqman tak pernah dimalukan atau dipertikaikan berkenaan fizikalnya ketika itu.

Tetapi hasil dari tekad dan kemahuannya sendiri untuk berubah, Luqman berjaya mencapai berat idamannya sekarang iaitu 80kg.

Menurut Luqman, dia pernah berasa tidak selesa dengan keadaan fizikalnya, terutama sekali ketika merawat pesakit.

Baginya keadaan fizikal yang besar dangan badan berpeluh membuatnya tidak yakin untuk berkomunikasi dengan pesakit.

“Sudahlah besar, badan cepat berpeluh lebih-lebih lagi masa duduk, hendak berkomunikasi dengan orang pun saya rasa tak yakin…”

Tanpa mengambil sebrang produk mengarut, Dr Luqman hanya mengamalkan diet yang seimbang dan banyak bersenam seperti berlari dan hiking.

Hanya dalam tempoh setahun Luqman telah berjaya turun berat badan dalam 40 kg.

Graduan dari Universiti Al-Azhar Mesir ini berubah menjadi seorang lelaki yang berpenampilan menarik dan tampan selepas kurus bersesuaian dengan ketinggian 178 sentimeter.

Luqman juga berkongsi ada pesakit yang dirawatnya mahu berkenalan dengannya sejak memiliki berat badan ideal.

Menurutnya, dia tidak menolak jodoh dengan pesakit sendiri, tetapi kini hanya mahu menumpukan perhatian pada keluarga dan kerjaya.

“Saya tidak menolak sekiranya jodoh saya suatu hari nanti adalah pesakit saya sendiri. Cuma, buat masa ini saya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya dan keluarga”

Semoga perkongsian dari doktor muda ini membuka mata semua utnuk menjaga kesihatan, bukan sahaj untuk nampak cantik di mata orang tetapi demi kesihatan dan keselesaan sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.