Connect with us

Semasa

Tidak Tahu Ikan Dibeli Ialah Buntal Beracun, Wanita Warga Emas Maut & Suami Dimasukkan Ke ICU

Ikan buntal walaupun ianya berduri dan beracun, ianya tetap boleh menjadi pilihan makanan manusia.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, teknik mengeluarkan racunnya haruslah dilakukan dengan betul agar racun itu tidak merebak ke bahagian isi yang lain.

Malah ada juga undang-undang untuk mengingatkan para peniaga untuk waspada dengan makanan yang dijual kerana mereka boleh didakwa jika menjual makanan yang memudaratkan kesihatan pengguna atau beracun, menerusi Akta Makanan 1983.

Menerusi laporan Harian Metro, baru-baru ini sepasang warga emas telah termakan ikan buntal beracun yang dibeli oleh seorang penjaja makanan sangat mengejutkan warga netizen.

Difahamkan, mangsa Eng Kuai Sin @ Ng Chuan Sing, 84, masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Manakala isterinya, Lim Siew Guan, 83, telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas beberapa jam dirawat akibat keracunan makanan.

Dikatakan, pada awalnya Eng Kuai Sin telah membuat pesanan ikan tersebut daripada seorang penjual di laman Facebook.

Akan tetapi anaknya, Ng Ai Lee menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa ikan itu dibeli daripada penjaja van yang datang ke rumahnya.

Walau sudah lama menjadi pelanggan setia penjaja tersebut, namun itulah merupakan kali pertama mereka membeli ikan buntal.

Malah mereka juga tidak dimaklumkan bahawa ikan itu merupakan spesis yang beracun.

Sewaktu dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Eng Kuai Sin sempat memberitahu anaknya itu bahawa mereka benar-benar tidak tahu bahawa ikan yang dimakan oleh mereka itu merupakan ikan buntal.

Lebih teruk lagi, penjaja van tersebut seakan-akan lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab apabila dia telah dimaklumkan berkaitan dengan kejadian yang berlaku kepada pasangan warga emas itu.

Ng menegaskan bahawa pihaknya mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kes seumpama ini berlaku kerana penjualan ikan beracun itu yang tiada kawalan.

“Kenyataan awal mengatakan ayah membeli ikan berkenaan melalui tempahan awal di laman Facebook adalah tidak tepat.

“Ketika ini keluarga menghadapi saat saat sukar dan tidak tahu hendak mengambil tindakan apa melainkan membuat laporan polis.

“Tetapi kami berharap pihak berkuasa dapat membela nasib ayah dan ibu yang menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab penjual yang sanggup merisikokan nyawa orang lain demi kepentingan sendiri,” luahnya.

Menurut Ng, mayat ibunya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Cina berdekatan kediaman mereka manakala ayahnya pula masih tidak sedarkan diri di ICU sehingga hari ini.

Continue Reading
Advertisement