Connect with us

Semasa

Tidur Hanya Beralaskan Simen, Empat Beradik Jadikan Kaki Lima Tempat Berteduh

Rakyat Malaysia ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Namun begitu, ramai dari kita masih selesa menjalani tempoh PKP di kediaman masing-masing.

Pernahkah kita membayangkan bagaimana keadaan dan nasib mereka yang hidup gelandangan yang mana tiada sumber dan tempat berteduh.

Mungkin ketika hari biasa, ramai yang menghulurkan bantuan kepada mereka ini. Namun, ketika PKP ini pastinya golongan ini antara yang terjejas teruk.

Anak gelandangan ini hanya tidur beralaskan lantai simen

Satu perkongsian yang menyentuh hati dikongsi oleh seorang wanita bernama Marhamah Rosli.

Menerusi laman sosial Facebook Marhamah telah berkongsi kisah mengenai anak-anak gelandangan yang dikenalinya.

Melihat beberapa gambar yang dikongsi oleh wanita ini, kelihatan beberapa anak kecil hanya tinggal di kaki lima dan menurut Marhamah lokasi ini di Tawau, Sabah.

Peniaga sekitar kawasan itu sering memberi makan kepada mereka

Berdasarkan perkongsian wanita tersebut, terdapat beberapa peniaga makanan yang berdekatan sering memberi makan kepada sekumpulan anak-anak gelandangan ini.

Walaubagaimanapun, ketika tempoh PKP ini mungkin sukar bagi anak-anak ini untuk mendapatkan bantuan.

Dengan itu, wanita tersebut menyeru agar jika ada orang awam yang terserempak dengan mereka untuk menghulurkan bantuan.

Mereka digelar ‘PALAUH’ tiada pengenalan diri

Maklumat terbaru yang dikongsikan, difahamkan terdapat beberapa individu telah menghulurkan bantuan kepada anak-anak gelandangan tersebut.

Menerusi posting wanita itu, dia sempat berkongsi serba sedikit mengenai asal usul dan latar belakang anak-anak ini dan faktor menyebabkan mereka hidup tidak berumah.

Semoga anak-anak ini boleh ditempatkan di badan kebajikan

Hiba melihatkan gambar yang dikongsi, kelihatan anak kecil yang tidak mengerti apa itu nampak lena tidurnya, walaupun hanya beralaskan simen lantai yang kotor dan berhabuk.

Semoga ada pihak yang bertanggungjawab mengenal pasti identiti anak-anak ini, agar dapatlah ditempatkan mereka ke pusat perlindungan atau badan-badan kebajikan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.