Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, pasti ramai yang terngiang-ngiang punchline spontannya yang tidak pernah ‘hambar’ malah membuatkan ramai berdekah. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dibuatnya untuk membuat penonton tidak kering gusi.
Terdahulu dia pernah menjadi sebutan apabila dikatakan baru sahaja membuka akaun TikTok, malah video pertama yang dimuat naik di laman TikTok meraih jumlah tontonan dan tanda suka yang tinggi atau bahasa yang mudah di faham adalah #FYP.
Selepas 4 bulan mempunyai TikTok, dia membuat ‘live’ yang pertama malah dia teruja melihat jumlah tontonan sehingga berlari pusing ke seluruh kawasan konti untuk memaklumkan kepada semua rakan penyampai radio yang lain.
Tidak cukup dengan itu, Jep juga excited melihat setiap ‘gift’ yang diberikan oleh penonton yang menonton livenya itu.
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial dimana dia sudah tidak lagi boleh menegur peminat dan pengikutnya selama tiga hari apabila TikTok live Jep Sepahtu kena banned.
Memetik perkongsian di Sinar My, dapat kita lihat Jep berada di konti dan kelihatan sedih kerana hal itu.
“Bantu Jep gais. TikTok live kena banned ni. Sedih dia 3 hari tak boleh hi gais…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat Jep malah berseloroh mengatakan Jep sedih pun nampak kelakar.
Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan mereka akan merindui lawak jep selama 3 hari kerana tidak boleh melakukan live di applikasi TikTok.
Antara komen warga maya:
“Tak apa dalam 3 hari ni main lato2”
“Haha rindu la dengan ‘gais'”
“Hahaha yang lain bahan bukan main.. sedih pun lawak jep ni”
“Member tengah semangat buat live, alih2 kena banned”
“Patut la tak buat live.. biasanya rajin sangat buat tiktok”
“Abang dah mula rasa kekok gais”
Video yang tular di laman TikTok: