Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahukan cahaya mata yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka.
Walaubagaimanapun, perjalanan setiap pasangan yang berkahwin berbeza-beza. Ada yang diuji dengan cahaya mata yang terlalu awal tanpa sempat bersiap sedia.
Ada pula terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya menanti kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.
Tanpa sokongan suami, isteri tidak akan kuat hadapi ujian ini sendiri
Malah ada juga pasangan yang diuji mengandung berkali-kali tetapi keguguran dan masih belum ada rezeki menimang cahaya mata.
Namun begitu, disebalik semua situasi tadi, jika isteri keseorangan menghadapi ujian itu tanpa semangat dan sokongan suami ia sesuatu yang menyedihkan buat isteri.
Bermain dengan perkataan talak hanya kerana isteri keguguran
Apa yang lebih menyediahkan apabila suami pula tidak percaya pada rezeki sehingga sanggup bermain dengan perkataan talak hanya kerana isteri keguguran.
Begitulah kisah yang telah dikongsikan oleh pengguna bernama Farizal Radzali di laman Facebook beliau.
5 tahun berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata
Kisah ini mengenai seorang wanita yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Ada 1 kes cerai bersyarat yg jatuh talak.
“Saya berkahwin dah 5 tahun tapi belum dikurniakan zuriat. Saya pernah mengandung 3 kali, semuanya keguguran.”
“Suami saya salahkan saya tak jaga kandungan baik². Suami kata, kalau lepas ni mengandung tapi gugur juga, jatuh talak 1 terhadap saya.”
Saya keguguran pada usia kandungan 8 minggu
“Malangnya saya mengandung kali ke-4 & keguguran juga pada usia kandungan 8 minggu. Maka setelah berjumpa pegawai yg berkenaan, talak sah jatuh.”
“Dari situ boleh lihat betapa tak matangnya seorang lelaki. Kalau diri sendiri tak matang, bagaimana dia boleh menjaga zuriatnya kelak? Lagi nak salahkan isteri. Sedih.”
Menjadi ibu adalah impian setiap wanita berkahwin
“Tahu tak bahawasanya menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yg berkahwin. Adalah tidak adil jika mereka dituduh tidak menjaga kandungan dgn baik.”
“Keguguran bukanlah sesuatu yg indah spt berkelah ditepi pantai, wanita itu perlu melalui proses mengeluarkan janin & mencuci rahim.”
Diseluk sana sini, malu jangan cakaplah
“Sesuatu proses yg tiada wanita akan kata mereka suka. Pernah dengar wanita yg happy sangat nak pergi buat D&C? Diseluk sana sini, malu jgn cakaplah.”
“Kalau malu & sakit masa lahirkan anak, masih berbaloi bila nampak baby & dengar suara baby.”
Tidak adil wanita ini didakwa sengaja tidak jaga kandungan
“Tapi keguguran, dah la sakit, kena lalui proses tu semua, emosi lagi nak kawal, baby pun takde.”
“Ingat suka² ke keguguran? Maka, sangatlah tidak adil jika wanita ini didakwa dgn sengaja tidak menjaga kandungannya.”
Jika ia bukan milik kita, tetap bukan milik kita
“Keguguran boleh terjadi dgn pelbagai cara. Walau bagaimana kandungan dijaga rapi bagai anak raja, tapi jika ianya bukan milik kita, tetap bukan milik kita.”
“Kisah 1, usia kandungan 2 bulan. Si ibu hanya menarik satu rumput kecil dari tanah, keguguran terjadi.”
Si ibu tidak sedar dia mengandung
“Kisah 2, usia kandungan terlalu baru, si ibu tak sedar pun dia mengandung.”
“Lalu dia mengangkat meja berat di tempat kerjanya. Tapi Alhamdulillah, zuriat itu tetap miliknya.”
Si ibu mengandung sekali lagi tanpa dirancang
“Kisah 3, anaknya baru berusia 5 bulan, si ibu mengandung sekali lagi tanpa dirancang.”
“Si ibu mmg belum sedia terima anak lagi, maka dia ambil jln pintas memakan ubat mengeluarkan period yg dibeli dari farmasi. Tapi rezekinya, anak dlm kandungan tetap lahir sihat.”
Makan nenas tapi anaknya lahir juga
“Kisah 4, sama spt kes 3, belum sedia mengandung lagi. Maka dimakannya nenas muda, air coca cola, ubi keladi mentah, apa saja yg org kata boleh gugurkan janin. Tapi anaknya lahir juga.”
“Kisah 5, si ibu mengandung sulung. Dijaga rapi bak sang puteri. Tiada sebarang kerja dibuat, segala keinginan dituruti.”
“Pada usia kandungannya 6 bulan, bayi dlm kandungan tak bergerak. Dah meninggal dunia.”
10 tahun kahwin, buat rawatan dan habis jutaan ringgit tapi masih tiada zuriat
“Kisah 6, kahwin 10 tahun, duit byk. Dah buat pelbagai rawatan utk hamil, dah habis jutaan ringgit, tapi masih tiada zuriat.”
“Kisah 7, hidup susah, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Tapi anak lahir setiap tahun.”
“Walau makan pil perancang, tapi ada hari terlupa makan. Dan hari itulah Allah kurniakan zuriat dlm rahim si ibu.”
Masuk air 30 botol sampai biru lebam tangan tapi keguguran juga
“Byk kisah lagi. Saya sendiri pernah keguguran anak pertama. Masa mengandung, saya mengalami hyprem yg teruk.”
“Masuk air sampai 30 botol biru lebam tangan sbb dicucuk jarum tapi akhirnya saya keguguran juga.”
Anak pertama tak pandai lagi
“Adalah mulut berkata, mungkin baby lemas sbb masuk air byk sgt. Anak pertama kan, kita pun tak pandai lagi.”
“Bila mengandung anak kedua, teruk mcmmana pun, saya enggan ke hospital. Saya takut kena masuk air lagi. Tapi sampai tahap saya pengsan, terus dibawa ke hospital.”
You percaya tuhan kan
“Doktor India tu kata akan masukkan air sbb badan saya dah kekurangan cecair kerana muntah teruk. Saya enggan. Saya kata takut nanti kandungan keguguran lagi.”
“Lalu doktor India tu senyum pandang saya. “You percaya Tuhan kan? You tahu Tuhan boleh buat apa saja kan.”
Kalau baby ini milik awak, tetap milik awak
“Kalau baby ini milik you, walau apa jadi, dia tetap milik you. Kalau bukan milik you, dia tetap bukan milik you.” Terus terang cakap, saya tersentak masa tu. Allahu.”
“Macam baru sedar walaupun sebenarnya dah lama tahu, KUNFAYAKUN.”
Kita berusaha tanpa henti tapi Allah menentukan
“Kita boleh berusaha, berikhtiar tanpa henti. Tapi yg menentukan hanya Allah swt. Dia lebih tahu kenapa setiap sesuatu terjadi.”
“Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak lelaki. Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak perempuan.”
“Kenapa ada ibu yg lahirkan hanya 2 anak. Kenapa ada ibu yg mampu lahirkan belasan org anak.”
“Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan 1 anak. Kenapa ada ibu yg tak boleh lahirkan anak.”
Percaya qada & qadar Allah, kita takkan salahkan manusia
“Semua kenapa ini, kalau kita percaya pada qada & qadar Allah, redha dgn ketentuan Allah, pasti kita takkan menyalahkan manusia.”
“Setiap yg Allah takdirkan, pasti ada sebabnya. Bukan hanya pada si ibu, ianya mungkin sbb si ayah.”
Mungkin ada rancangan lain Allah aturkan lebih baik
“Ianya boleh jadi sebab sekeliling. Ianya boleh jadi sbb apapun. Kerana Allah Maha Mengetahui.”
“Mungkin ada rancangan lain yg Allah dah atur yg lebih baik. Pelihara anak yatim. Tanggung keluarga yg susah.”
Tiada anak pun boleh masuk syurga
“Atau Allah tahu pada masa akan datang mungkin anak tersebut akan jadi penghalang si ibu mahupun ayah utk masuk syurga. Kita tak tahu kan, tapi Allah tahu.”
“Yg pasti, tiada anak pun boleh masuk syurga. Ramai anak tak semestinya terus masuk syurga.”
Makin ramai anak, makin lama hisab di sana
“Yang penting, berusaha dan redha. Anak itu anugerah, anak itu harta dan anak itu amanah.”
“Makin ramai anak, makin lama hisab di sana. Segalanya bersebab.”
Perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan ramai. Pelbagai komen membanjiri posting berkenaan dan turut mendapat hampir 8 ribu perkongsian balik di Facebook.