Hari demi hari, peningkatan kes Covid-19 di Malaysia semakin tinggi dan para petugah hadapan kini berusaha bertungkus-lumus memerangi virus pandemik ini.
Mereka bukan sahaja berkorban masa, tenaga malah ada diantara mereka terpaksa meninggalkan anak dan keluarga untuk berbakti kepada negara.
Petugas kesihatan tinggal anak dan suami demi negara
Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita dikenali sebagai Siti Nurjannah Abu Bakar antara petugas kesihatan yang dipertanggungjawabkan untuk bertugas secara mobilisasi.
Siti Nurjannah yang juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada lima orang cahaya mata mengambil tanggungjawab bertugas ke Sabah yang diketahui umum sebagai zon merah.
Rasa tanggungjawab membantu rakan-rakan disana
Menurut Nurjannah, tindakannya bukanlah di atas sebab peribadi sebaliknya apa yang dilakukan atas dasar rasa tanggungjawab kepada negara dan ingin membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Tinggalkan keluarga demi berbakti bukan keputusan yang mudah
“Meninggalkan anak 5 dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah”.
“Mana mungkin seorg isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok”.
Ada yang mengata aku bodoh serah diri ke Red zone
“Ya, memang ada mulut2 mengatakan aku BODOH sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE”
“Ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak paham maksudnya, tapi aku tak kisah”.
Bantu rakan-rakan seperjuangan melawan musuh yang tak nampak di mata
“Bagi aku, tujuan aku pergi semata2 kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain”.
“Selain aku dapat menimba pengalaman di tempat org. Ye la nak jd askar, pegang senapang aku x layak. Jadi ini saja la bakti aku pada negara, melawan musuh yang tak nampak di mata”.
18 hari di Sabah, aku disahkan positif Covid-19
“Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra pada aku, membuatkan aku menangis. Sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak-anak”.
“Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah. Aku disahkan positif Covid-19. Benda yang aku paling x jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takuti, terjadi jua”.
Perancangan Allah lebih baik
“Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka”.
“Namun menyesal tidak sekali, aku tau perancangan Allah lebih baik. Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji aku”.
Ujian yang paling tidak tertanggung adalah rindu
“Aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku. Terima kasih pada keluarga, rakan-rakan,orang atasan yang call dan wassup kata-kata semangat pada aku”.
“Sungguh sangat bererti doa kalian pada aku dan sesungguhnya ujian yang paling tidak tertanggung adalah rindu”.
Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan
Nurjannah, dia tidak akan sama sekali menyesal sebaliknya menganggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah SWT.
Semoga Nurjannah segera sembuh dan dapat kembali kepada keluarga. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara kerana sanggup berbakti kepada negara.
Diharap kita semua dapat bersama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kita berjaya memutuskan rantaian Covid-19.