Connect with us

Viral

Pemuda Ini Berkongsi Tips Travel Solo ke Bali

Saya nak berkongsi sedikit tips bercuti ke Bali berdasarkan pengalaman saya yang lepas. Kali pertama saya ke Bali pada March 2016 bersama 2 orang teman.

Tapi waktu tu tak seronok sangat sebab beberapa perkara. Jadi pada tahun ini, saya ke Bali lagi secara solo dan mengambil pengajaran daripada trip pertama saya ke Bali dulu.

Inilah Kelingking Beach! Cantik kan? Kalau korang mengikuti tour, memang tak sempat untuk turun ke sini. Supir suruh ambil gambar dari atas cliff je sebab rushing nak ke mana ntah lepas tu.

Dan kali ni memang seronok gila! Jadi lepas ni kalau korang nak ke Bali, wajib teliti beberapa perkara ini ok?

1) Cuaca

Ya cuaca! Ini saya kira paling penting kerana maklum mengetahui Bali merupakan sebuah pulau. Jadi kalau hujan, aktiviti akan tergendala terutamanya kalau nak ke pantai atau air terjun.

Angel Billabong. Matahari belum terbit lagi saya dah bergerak ke sini. Sebab tu takde orang. Air pun masih surut dan tenang.

Kali pertama pergi dulu, masih dalam musim hujan. Langit gelap dan adakala nya hujan pada waktu pagi atau petang. Jadi gambar pun tak berapa cantik dan banyak aktiviti tak boleh buat. Kali kedua saya pergi pada bulan May tahun ini.

Waktu tu baru bermula musim kering, jadi cuaca sangat cun dan tak hujan langsung sepanjang seminggu saya disana. Gambar pun lawa lah bila lighting on point!

2) Tour atau DIY

Saya sebenarnya lebih gemar DIY semua benda, lebih-lebih lagi jika travel solo. Pertamanya sebab lebih jimat. Saya hanya tinggal dihostel dan menyewa motor sepanjang disana.

Ubud Beji Resort. Kat sini je saya stay kat resort, sebab nak manjakan diri lah konon nya haha. But berbaloi sangat sebab cantik sangat dan padan dengan harga. Recommended!

Makan pun boleh cari yang murah dan ikut selera tekak melalui website seperti TripAdvisor or Lonely Planet. Waktu dan jadual perjalanan pun boleh ubah sesuka hati mengikut kemahuan dan kudrat kita. Sewaktu saya bersama tour dan supir dulu, banyak tempat terpaksa skip sebab kekangan masa.


Tempat-tempat menarik di Bali sangat jauh di antara satu dengan yang lain, jadi banyak masa habis di atas jalan. Di tambah pula dengan keadaan jalan yang sempit dan trafik yang teruk, jadi bagi saya menaiki motor atau Go-Ride (apps seperti Grab/Uber tapi untuk motor) adalah lebih mudah, jimat dan pantas.

Tempat makan yang dibawa oleh supir pula mahal dan kadang kala tak kena dengan selera tekak saya. Mereka sebenarnya sudah dibayar oleh tuan kedai makan untuk membawa pelanggan ke kedai mereka dan akan diberikan komisyen.

3) Tourist Spot!

Kali pertama saya ke Bali dulu saya dibawa ke tempat-tempat tumpuan pelancong yang sangat mainstream seperti Tanah Lot, Uluwatu Kechak Dance, Air Terjun Tegenungan, Pantai Pandawa, Tirta Empul dan Garuda Wishnu Kencana. Tak dinafikan, tempat-tempat ini memang cantik, menarik dan wajib dikunjungi kalau ke Bali. Tapi yang saya tak berapa gemar adalah ramai gila orang!

Kelingking Beach ini terletak di Nusa Penida. Ada yang memanggil dengan gelaran T Rex Cliff kerana bentuknya seperti seekor T Rex.

Tambahan pula saya mengikuti tour, jadi jadual perjalanan adalah lebih kurang sama dengan jadual perjalanan kumpulan tour yang lain, lagi lah bertambah sesak. Trip kali kedua ke Bali ni, saya memilih untuk ke tempat yang kurang mainstream. Kurang mainstream tak bermaksud tak ramai orang ya!

Handara Golf and Resort, dekat dengan Pura Ulun Danu Bratan

Masih ramai tour group ke tempat-tempat ni kerana Bali memang sebuah pulau pelancongan kelas dunia, jadi tak boleh lari dengan manusia. Tapi disebabkan saya DIY, matahari belum terbit lagi saya dah hidupkan motor ke tempat-tempat ni. Jadi memang saya lah orang pertama yang sampai!

Banyumala Waterfall. Waktu ni dah penat sangat rempit, jadi tak mandi. Celup kaki dan bergambar sahaja.

Itu je kot rasanya perkongsian saya. Saya tak berminat nak menulis itinerary sebab saya memang tak ada buat, the unplanned and spontaneous trip is just sometimes the best gittew. Nak tengok lebih banyak gambar boleh melawat Instagram saya @amirulrasyid hiks!

Tips bercuti solo ke Bali ini dikogsikan oleh tuan Amirul Rasyid. Anda boleh follow beliau di Facebook dan Instagram.

Continue Reading
Advertisement