Inflasi atau kenaikan harga barang merupakan isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Implikasinya, warga masyarakat semakin rasa terhimpit dek masalah kewangan untuk membeli barangan keperluan mereka.
Berikutan isu inflasi ini, segenap warga masyarakat menluahkan rasa kesal dan mengeluarkan cadangan untuk mengurangkan inflasi yang terjadi di negara Malaysia iaitu pemotongan gaji barisan menteri di Malaysia.
Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang juga merupakan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa sama sekali tidak bersetuju atas cadangan yang telah dikemukakan itu.
Baginya, itu cara yang tidak relevan untuk menangani masalah inflasi yang berlaku di sini.
Berdasarkan video tular yang dimuat naik di laman Facebook Malaysiakini BM, Tan Sri Annuar Musa membidas soalan daripada wartawan mengenai cadangan yang dikemukakan oleh masyarakat dengan menyatakan bahawa walaupun gaji setiap menteri dipotong, jumlah penjimatannya tidak memadai untuk mengubah keadaan.
“Bolehkah anda menamakan satu negara yang turunkan inflasi dengan potong gaji (menteri)?
“Kedua, katakan anda potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri kabinet), berapa yang akan anda dapat?
“Bolehkah anda memberi jaminan kepada saya inflasi akan selesai dengan cara ini? Harga barang tak akan naik? Tolong jangan main politik.” balas Tan Sri Annuar Musa kepada soalan yang telah diajukan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong atas cadangan yang diberikan kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh negara.
Tak cukup dengan itu, ada juga segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa sepatutnya susah senang bersama-sama rakyat.
Antara komen netizen:
“Ambil cakna keadaan sebahagian besar rakyat yang sangat terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Jangan sombong.”
“Potong gaji utk tunjuk keikhlasan bersama rakyat derita…ambik rm1500 cuba hidup !!!”
“Orang bkan ckp bab berjaya..tp skurangnya potongan gaji boleh buat penjimatan perblanjaan kerajaan”
“Mmg la tak turun inflasi, cuma tanda bersolodariti dgn keadaan rakyat, org yg kamu mengemis undi tiap kali pru”
Video yang tular: