Connect with us

Viral

“Tolonglah.. saya dah penat” Terjumpa Budak Kecil Jual Mangga, Rayuannya Undang Sebak Ramai.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki terpaksa berhempas pulas menjual mangga disaat kanak-kanak lain seusia dengannya sedang lena diulit mimpi mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, seorang wanita yang dikenali sebagai Natrisya Zainal terserempak dengan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang gigih mencari mata pencarian halal berdekatan dengan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

“Masa saya duduk dalam kereta sementara tunggu burger siap, ada adik ni datang ke kereta. Dia tengok-tengok sebelum saya buka tingkap.

“Saya tanya adik tu buat apa? Adik tu jawab ‘Kak, tolonglah saya. Belilah buah, saya dah penat, belilah semua’. Kata-kata adik tu buat saya rasa sebak,” katanya

Difahamkan, ibu kepada budak lelaki ini menghantarnya ke kawasan tersebut untuk berniaga buah.

“Dia cakap mak dia hantar, ada adik-beradik di rumah. Saya rasa sebak sebab nampak dia jalan seorang diri pada waktu lewat begitu.”

“Ada berbaki sembilan biji mangga yang dia mahu jual kesemuanya. Mungkin dia bawa lebih banyak mangga sebelum itu tetapi sudah terjual.”

“Mungkin dia ada target untuk kena habiskan buah yang dijual sebelum boleh balik. Sebab itulah dia merayu untuk saya beli kesemua buah yang tinggal. Tak tahu berapa lama dia berniaga tapi nampak dia cukup penat,” ujarnya yang lebih mesra disapa Trisya.

Sebak melihat keadaan budak lelaki itu, wanita ini bertindak untuk membeli kesemua sembilan biji mangga yang berharga RM45.Pun begitu, wanita yang berasal daripada Johor ini menghulur RM50 kepada kanak-kanak itu dengan bakinya untuk tujuan sedekah, sebelum kanak-kanak itu beredar meninggalkan keretanya.

“Saya terfikir kenapa sekarang semakin ramai budak berniaga terutama pada waktu malam. Mungkin salah satu sebabnya cara menggunakan budak-budak untuk berniaga lebih mudah.”

“Tapi kena fikir keselamatan dan tumbesaran kanak-kanak. Sekarang hidup zaman moden dan negara maju, tapi taraf kehidupan masih balik ke zaman penjajahan Jepun,” ujarnya.

“Ibu bapa jangan ganggu tumbesaran kanak-kanak, ia secara tidak langsung memberi kesan penderaan mental. Jangan gunakan anak-anak untuk meraih pendapatan keluarga.”

“Jika ada masalah sara hidup, cuba fikirkan cara penyelesaian terbaik tanpa mempergunakan anak. Macam adik tu, katanya seawal 6 pagi dia nak bersiap ke sekolah esoknya, saya pasti dia sukar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran,” tambahnya.

Menurut Trisya, dia menyifatkan kanak-kanak dalam pertemuan singkat itu sebagai petah bercakap, berani dan bijak.

“Dari luar tingkap, dibelek-beleknya dashboard kereta saya. Dia excited bila tengok kereta Audi. Saya ada offer dia untuk naik kereta, tapi dia tak nak.”

“Sebak tengok dia tak mahu saya beri duit, tapi dia merayu saya beli mangga yang dijual.”

“Lepas jual mangga pada saya, dia beredar dan ada kereta datang jemput di hadapan, mungkin ibunya.”

“Saya dalam kereta menangis terkenangkan dia. Saya doakan agar adik tu tak lupakan pelajaran dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti,” kata Trisya yang menyediakan ‘Kasih Ohana’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lampin, keperluan makanan dan susu, termasuk peluang pekerjaan, kelas mengaji dan tuisyen percuma.”

Video yang tular di laman TikTok:

@syacamelia87

Semoga adik ni dilindungi oleh Allah SWT😭😭😭

♬ original sound – Sya Camelia

@syacamelia87

♬ original sound – Sya Camelia

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.9M tontonan, 286.7K tanda suka, 4856 komen dan 2405 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kegigihan budak lelaki tersebut namun dalam masa yang sama ada juga warga netizen yang tidak bersetuju anak kecil itu ‘dikerah’ mencari rezeki bersendirian pada lewat malam kerana bukan sahaja bahaya malah kanak-kanak seusia itu tidak perlu memikirkan soal tanggungjawab yang begitu besar seperti mencari mata pencarian.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.