Taiping adalah salah satu tumpuan pelancong untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Terdapat banyak tempat menarik di Taiping dari Zoo dan safari hinggalah tempat peninggalan sejarah.
Kalau anda datang ke Taiping dan tak tahu mana arah tuju untuk makan sama ada makan pagi, tengahari, minum petang mahupun makan malam, senarai tempat makan best Taiping ini khas untuk anda.
Top 10 kedai makan best Taiping di bawah ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan 10 pilihan tempat makan sedap di Taiping. Lepas makan tu bolehlah jalan-jalan di kawasan Taiping. Kalau tak tahu nak pergi mana, sila lihat Top 5 Tempat Menarik di Taiping.
1. Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba Taiping
Kedai yong tau fu terbaik di Taiping. Anda boleh datang bermula jam 6 petang hingga lewat malam. Jangan lupa cuci mulut dengan banana split yang sangat sedap.
Lokasi: 1930, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Negeri Perak
Waktu Operasi: 6pm until 12am
Recommended:
1) Yong Tau Foo with Sotong and Kangkung
2) Banana Split
2. Restoran Ansari Famous Cendol
Kalau anda sudah kenyang makan tengahari dan nak cuci mulut, anda boleh singgah di kedai cendol terbaik ini. Pasembor dan cendol disediakan dari pagi hingga jam 6:30 petang.
Lokasi: 92, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Negeri Perak.
Waktu Operasi: 10.30 am – 6.30 pm
Recommended:
1) Cendol Pulut
2) Pasembor
3. Restoran Bismillah.
Walaupun macam sama saja dengan kedai mamak lain, restoran Bismillah ini ada menu istimewa mereka iaitu daging lembu masak hitam. Anda boleh datang seawal jam 7 pagi untuk merasakan kelazatan daging masak hitam dihidang bersama dengan roti canai.
Lokasi: 138, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak.
Waktu Operasi: 7.00 am – 9.00 pm
Recommended:
Roti canai with Beef Masak Hitam
4. Roti Bakar Arang Fadzil House.
Ini kedai makan paling terbaik untuk anda bersarapan. Dibuka dari jam 7 pagi, anda boleh sarapan pagi di sini dengan hidangan roti yang dibakar di atas dapur arang. aromanya pasti memikat selera anda.
Lokasi: 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Negeri Perak
Waktu Operasi: 7.30 am – 11am
Recommended:
1) Roti Bakar Special
2) Nasi Lemak Rendang Ayam
3) Nasi Lemak Paru.
5. Rumah Makan Nasi Talam
Nasi talam ini juadah paling sempurna untuk anda makan tengah hari. Menu terbaik yang disediakan sudah tentu ikan bakar dihidang bersama masak lemak pucuk paku.
Lokasi: Jalan Pokok Assam, Taman Raja Idris, 34000 Taiping, Negeri Perak.
Waktu Operasi: 10 am – 5pm
Recommended:
1) Ikan Bakar
2) Masak Lemak Pucuk Paku.
3) Nasi Goreng Ikan Rebus
6. Medan Selera Wakaf.
Lokasi: Jalan Convent, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Negeri Perak
Waktu Operasi: 7am – 10 pm
Recommended:
1) Bihun Sup Daging
2) Capati kuah sardin
7. Laksa Telur Goreng Kamunting.
Lokasi: Jalan Taiping – Bagan Serai, Kampung Jana Baharu, 34600 Kamunting, Negeri Perak.
Waktu Operasi: 12 pm – 6pm
Recommended:
1) Laksa Telur Goreng.
8. Wan Ikan Bakar
Lokasi: A7, 34600 Kamunting, Negeri Perak.
Waktu Operasi: 10 am – 4 pm
Recommended:
1) Ikan Bakar
2) Ayam Bakar
9. Deena Seafood Tomyam Taiping.
Lokasi: Kampung Jambu 3, 34000 Taiping, Perak.
Waktu Operasi: 6pm – 2am
Recommended:
1) Tomyam Kelapa
2) Aiskrim Kelapa
3) Ikan goreng kunyit
4) Somtam
5) Nasi Goreng Belacan
10. Nasi Lemak Bukit Drummond@Doraemon.
Lokasi: Lake View, Jalan Kamunting Lama, 34000 Taiping.
Waktu Operasi: 6.30 am – 10.30 am
Recommended:
1) Nasi Lemak Kerang
2) Roti Canai.
[su_note note_color=”#d8d8c3″]Sumber Rujukan: FB Sentosa Villa Resort[/su_note]