Harap perkongsian tempat menarik di Ipoh di bawah ini memberi anda idea untuk merancang percutian anda di Bandaraya Ipoh kelak. Untuk mengetahui tempat makan best di Ipoh anda bolehlah pergi ke Senarai Top 6 Tempat Makan Best di Ipoh 2018.
1. Movie Animations Park Studios (MAPS Ipoh Perak)
Satu tarikan pelancongan di Ipoh yang baru & mula dilancarkan pada Jun 2017. Destinasi ini merupakan taman tema yang lebih menjurus kepada pengembaraan watak-watak kartun animasi yang popular dalam & luar negara. Kalau anak-anak anda suka melihat kartun animasi Upin Ipin atau BoiBoiBoi, destinasi ini pasti membuatkan mereka senyum gembira kerana banyak aktiviti menarik yang berkaitan watak kartun tersebut boleh dilihat & dilakukan.
MAPS Ipoh merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia & senang cerita, kalau di Singapore popular dengan Singapore Universal Studio, Malaysia pula akan terkenal dengan MAPS. Konsep tarikan pelancongan di sini memang sangat menarik baik aktiviti bersama kanak-kanak atau aktiviti yang memberi debaran jantung pada tahap maksimum dengan permainan-permaianan seperti roller coaster, space shuttle & sebagainya.
Memang tidak syak lagi, kehadiran MAPS di Ipoh bakal melonjakkan lagi negeri Perak sebagai salah satu tempat percutian di Malaysia bertaraf dunia. Harga tiket MAPS Ipoh boleh dibeli secara online atau walk-in dan setiap tiket sah untuk satu hari & boleh berseronok di mana-mana lokasi tanpa had. Walaupun harga tiket MAPS Ipoh ini lebih RM 100 seorang tetapi dengan tarikan taman tema yang hebat bertaraf dunia, anda sudah jimat untuk ke luar negara seperti di Singapore Universal Studio atau Disneyland di Hong Kong.
Alamat: 3, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru Impian, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi MAPS Ipoh
- 10.00 am – 6.00 pm
Harga Tiket MAPS Ipoh
- RM 144 (dewasa)
- RM 114 (kanak-kanak/warga emas)
2. Lost World of Tambun
Kalau bercuti ke Ipoh, destinasi Taman Tema Lost World Tambun boleh dikatakan tempat menarik di Ipoh yang paling popular dengan pelbagai pilihan permainan yang menyeronokkan. Taman tema ini merupakan satu-satunya penginapan & theme park yang dikelilingi oleh batu kapur. Satu tempat percutian berkeluarga yang sangat ideal untuk anda riang ria bersama anak-anak. Di sini, tarikan pelancongan terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti Theme Park, Hots Spring & Park dan juga Night Park. Dan setiap bahagian utama ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian kecil lain seperti tema air, kolam air panas, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley dan sebagainya.
Tarikan taman tema di sini memang cukup lengkap, kalau nak habiskan semua tarikan yang ada di Lost World Tambun anda perlu spend masa sekurang-kurangnya sehari setengah di sini. Kalau drive dari jauh, sebaiknya cari penginapan di sini kerana tidak penat & lebih mudah untuk anda berulang-alik ke setiap taman permainan di sini dengan anak-anak.
Umumnya, tarikan di sini bukannya khas untuk kanak-kanak & anak muda semata-mata. Ada juga tarikan yang mesra orang dewasa terutamanya mereka yang mungkin tidak suka dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti bermain di amusement park. Anda boleh santai-santai di kolam air panas di sini atau mencuba spa untuk manjakan diri anda sekali sekala. Kalau anda suka mandi manda, jangan lupa untuk berendam di infinity pool, suasana di sini memang cantik !
Alamat: No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi Lost World of Tambun Ipoh
- Isnin-Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
- Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am – 6.00 pm
*Ditutup Selasa kecuali cuti am & cuti sekolah
Harga Tiket Lost World of Tambun Ipoh
Harga tiket termasuk ke semua kawasan taman tema, termasuk permainan, tarikan & aktiviti. Tidak termasuk untuk aktiviti yang dibayar secara pay-per-ride.
1 . Harga Tiket Walk-in
- Dewasa (13 tahun & keatas): RM 95.00
- Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 88.00
- Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 88.00
2. Harga Tiket untuk Pemegang MyKad
- Dewasa (13 tahun & keatas): RM 65.00
- Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 58.00
- Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 58.00
3. Harga Tiket Beli Secara Online
- Warganegara Malaysia
- Dewasa (13 tahun & keatas): RM 61.75
- Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 57.20
- Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 57.20
- Pelancong Asing
- Dewasa (13 tahun & keatas): RM 85.50
- Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 79.20
- Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 79.20
*masuk PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi bawah 90 cm
3. Taman Rekreasi Gunung Lang
Hanya terletak kira-kira 6 km dari bandaraya Ipoh, taman rekreasi ini merupakan satu tempat menarik di Ipoh yang sesuai untuk mereka yang suka santai-santai di kawasan alam semulajadi. Tak perlu jauh-jauh nak masuk hutan. Di taman ini terdapat tasik dan landskap taman yang cantik dikelilingi dengan bukit batu kapur. Pelancong boleh menaiki bot untuk bersiar dan beriadah di taman permainan yang disediakan. Ada juga beberapa kandang binatang yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Kalau anda penat memandu di lebuhraya utara-selatan, bolehlah R&R dahulu di sini melihat keindahan alam.
Umumnya taman ini memang sangat besar tetapi kawasan landskapnya agak kecil & lokasi ini tidaklah terlalu sesak dengan orang ramai pada weekday. Nak ke sini juga mudah & tempat parking kereta juga besar serta tiada tiket masuk di kenakan. Cuma anda perlu menggunakan duit untuk menaiki bot di sini & dengan bot ini jugalah anda boleh ke seberang tasik yang menempatkan sebuah taman rekreasi mini yang tidak kurang menarik landskapnya. Anda juga boleh jumpa dengan sebuah gua batu kapur yang agak besar yang muat untuk kereta lalui di dalamnya.
Alamat: Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi Taman Rekreasi Gunung Lang
- 8am – 12pm & 1.30pm – 7pm (Isnin-Khamis)
- 8am – 12pm & 2.45pm – 4pm (Jumaat)
- 8am – 6.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Harga Tambang Naik Bot
- RM 3.00 (Dewasa)
- RM 1.50 (Kanak-kanak/warga emas)
4. Gua Tempurung
Destinasi ini bukannya terletak dalam Bandaraya Ipoh tetapi sangat dicadangkan untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak & adventure. Lokasinya pula dari Bandaraya Ipoh hanya 18 km & satu-satunya tempat menarik bergua yang paling dekat yang boleh anda terjah. Kawasan dalam gua ini memang sangat luas & besar serta kemudahan pengunjung seperti platform jalan kaki & lampu turut disediakan untuk memudahkan anda menerokai gua batu kapur yang ribuan tahun usianya.
Kalau anda nak lebih rasa adventure, bolehlah menggunakan perkhidmatan tour guide di sini yang akan membawa anda menerokai gua ini sampai ke bahagian paling dalam. Tour guide di sini ada yang pakej untuk kawasan kering & basah, kalau anda nak betul-betul menguji tahap stamina anda, bolehlah ambik grand tour guide. Pengalaman menerokai gua sebegini memang sangat seronok & perlu anda cuba kerana nak mencari gua sebegini yang ada di Malaysia memang banyak tetapi bukan semuanya mudah untuk anda cuba kerana lokasinya yang pedalaman & bahkan ada yang perlu anda menaiki bot serta meredah hutan.
Jadi kalau anda ingin destinasi menerokai gua yang mudah untuk diakses dengan kenderaan tanpa perlu banyak cabaran di tengah jalan, bolehlah ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. Sebaiknya kalau bercadang melawat Gua Tempurung, datanglah waktu pagi atau awal kerana kerana setiap lawatan memang mengambil masa yang agak lama sehingga berjam lamanya, bergantung kepada jenis lawatan yang anda pilih. Minimum 3/4 orang untuk setiap lawatan.
Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi Gua Tempurung:
- 9.00 am – 6.00 pm
Harga Pakej Lawatan Gua Tempurung:
Pakej Golden Flawstone ( aktiviti kering) :
- RM 6 (dewasa) |
- RM 2.50 (kanak-kanak)
Pakej Top The World ( aktiviti kering) :
- RM 9 (dewasa)
- RM 4.50 (kanak-kanak)
Pakej Top The World & Short River Adventure (aktiviti basah):
- RM 11 (dewasa)
- RM 6 (kanak-kanak)
Pakej Grand Tour (aktiviti basah):
- RM 22 (dewasa)
- RM 11 (kanak-kanak)
5. Street Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail
Daripada bangunan lama yang kelihatan usang kini destinasi ini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Ipoh untuk melihat keunikan mural-mural 3D yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic iaitu seorang pelukis mural yang turut menghasil karya popularnya di Penang, Johor Bahru, Kuala Lumpur & sehingga ke Singapura. Konsep Art of Old Town ini lebih kepada mural-mural yang banyak berkisarkan tentang kopi & bandar lama Ipoh. 2 benda ini memang berkait rapat & mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Ipoh sehingga menaikkan jenama Old Town White Coffee Ipoh.
Lokasi 8 jenis mural utama yang dihasilkan di sini terletak di sekitar Jalan Panglima, Ipoh & lokasi setiap mural 3D ini tidak jauh antara satu sama lain. Yang lebih menarik, mural seni yang merupakan sebahagian daripada Ipoh Heritage Trail di sini memang sangat besar berbanding dengan kebanyakan mural di negeri lain yang pernah anda lihat.
Alamat: Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam
Harga Tiket: percuma
6. Pasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)
Mencari shopping mall di Ipoh yang besar & grand memang agak banyak pilihan tetapi kalau inginkan tempat membeli belah di Ipoh yang best serta unik, sangat dicadangkan untuk ke Pasar Karat yang terletak di Jalan Horley, Ipoh. Pasar Karat ini yang beroperasi setiap pagi mempunyai banyak nama panggilan seperti Memory Lane, Loken, Lokin, Pasar Lok Kin atau Pasar Barang Antik, semua nama tersebut merujuk kepada destinasi yang sama.
Pasar ini memang sangat besar & pilihan barangan vintage atau antik di sini memang sangat banyak. Kalau pusing-pusing semua kawasan penjual di Pasar Karat boleh makan jam lama dia. Konsep barangan di sini memang sanga rare & kalau anda ingin mencari sesuatu barang yang menggamit nostalgia lama samaada pakaian, kasut, hiasan rumah, barangan elektrik, duit lama, setem lama & sebagainya, bolehlah jengah-jengahkan diri ke Pasar Karat Ipoh setiap pagi. Kalau hujung minggu memang lebih meriah dengan pelbagai golongan orang dalam & luar dari Ipoh.
Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi Pasar Karat Ipoh : 6.30 am – 1.oo pm
Harga Tiket: percuma
7. Tasik Cermin Gunung Rapat
Instagram: @saidatulazima
Tasik Cermin di Gunung Rapat ini merupakan sebuah tasik terpencil yang dikelilingi secara menyeluruh oleh bukit-bukit batu kapur. Maka kalau nak ke tasik ini, pengunjung perlu melalui sebuah terowong dengan berjalan kaki sejauh 30-40m. Sebaik menyeberangi pintu gua ini, anda seperti akan berada di dunia yang lain dengan keindahan tasik di kelilingi dengan pokok-pokok menghijau berdindingkan bukit batu kapur.
Di sini terdapat sebuah platform yang tidak terlalu besar yang disediakan untuk pengunjung melihat keindahan tasik cermin ini. Memandangkan tasik ini dikelilingi oleh bukit yang menghalang angin, maka permukaan airnya memang sangat tenang tidak bergelora. Sebab itulah, namanya Tasik Cermin kerana seolah-olah anda sedang melihat sebuah cermin yang besar dengan pantulan bukit batu kapur di atas permukaan air. Jalan menuju ke sini juga agak berdebu kerana banyak lori kuari & ianya bukanlah satu tempat menarik di Ipoh yang dikomersialkan secara meluas. Tasik Cermin ini berdekatan dengan kawasan kuari jadi kalau ke sini, sila berhati-hati.
Alamat: berdekatan dengan Da Seng Ngan Temple
Waktu Operasi: tidak ditetapkan, sebaiknya waktu siang
Harga Tiket: percuma