Connect with us

Viral

“Trademark itu akan ditolak,” Isu ‘Daging Harimau Menangis’ Ibu Neelofa, Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Ia Tak Akan Lulus

Sejak petang semlam, kecoh di laman sosial mengenai permohonan cap dagangan (Trademark) ‘Daging Harimau Menangis’ keluaran Noor Khan Enterprise milik ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed.

Isu tersebut bermula apabila permohonan Noor Kartini untuk mendapatkan cap dagangan bagi ‘Daging Harimau Menangis’ Aunty Tini Kitchen menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ,tular di laman sosial tersebut.

Seorang warga Twitter @azrulhaqim menerusi bebenangnya meluahkan pandangan tidak bersetuju sekiranya bahagian daging lembu yang dipanggil ‘harimau menangis’ tersebut dipatenkan.

 

Malah, rakaman video di IG Story Datin Kartini sempat dirakam pengguna Twitter dan menjadi perhatian ramai sehingga mendapat 4.3 ribu retweet.

Menerusi perkongsian video tersebut, Datin Kartini memaklumkan nama resepi tersebut telah didaftar untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan nama tersebut.

Rentetan daripada itu, kebanyakan netizen mluahkan rasa tidak puas hati kerana terma ‘daging harimau menangis’ tersebut sudah digunakan sejak dulu kagi oleh masyarakat Melayu.

Walauy bagaimanapun, menurut perkongsian lelaki ini menerusi Facebook, Mufarwa Farid menjelaskan sebab kenapa permohonan tersebut tidaa akan diluluskan.

Kecoh semalam berita tentang Noor Khan Enterprise milik ibu Neelofa, nak daftarkan nama ‘Daging Harimau Menangis’ di MyIpo.

1. Untok pengetahuan semua, sekiranya permohonan ini berjaya didaftarkan, maka semua peniaga dalam Malaysia ni tak boleh gunakan nama makanan mereka ‘Daging Harimau Menangis’ atau seumpamanya.

2. Malah, syarikat ini mempunyai kuasa penuh untok saman mana-mana syarikat atau orang yang menjual makanan mereka menggunakan nama tersebut.

3. Apabila dah berjaya daftar nama itu di MyIpo, maka selama 10 tahun, nama itu menjadi hak miliknya.

4. Namun begitu, jangan risau tuan-puan. Syarikat ni baru masukkan permohonan. Permohonannya belum berjaya lagi.

5. Kemungkinan besar, permohonan itu akan ditolak oleh MyIpo.

6. Menurut Seksyen 23 (d):

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan berdasarkan alasan mutlak bagi penolakan pendaftaran seperti yang berikut:

(d) cap dagangan yang semata-mata terdiri daripada tanda atau petunjuk yang telah menjadi kelaziman dalam bahasa semasa wilayah itu atau dalam amalan perdagangan yang bona fide dan telah menjadi kebiasaan.”

7. Hal ini bermaksud, sekiranya nama tersebut sudah sebati dengan masyarakat setempat, maka permohonan trademark itu akan ditolak.

8. Daging Rimau Menangis atau Daging Harimau Menangis atau Daging Harimau Teriok telah menjadi satu nama makanan sebati dalam masyarakat kita.

9. Maka, kemungkinan besar, pendaftaran hak cipta cap dagangan (trademark) bagi nama daging harimau menangis itu akan ditolak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.