Pada zaman kini, ramai yang menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk mencari menu-manu ‘viral’.
Manakan tidak, sudahlah mudah untuk dibuat bahkan tidak memerlukan bahan yang banyak dan cara penyediaan juga menjimatkan masa.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi sebuah video masakan di laman TikTok namun lain pula yang jadi.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @arfaanuar2, dapat kita lihat seorang wanita yang juga merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) sedang bertungkus lumus di dapur menyediakan hidangan roti telur sambal hitam.
Bagaimanapun, malang tidak berbau, siapa sangka penghadang yang diletakkan di belakang dapur untuk melindungi dinding dari percikan minyak tiba-tiba jatuh, sekaligus menolak dapur yang digunakan hingga terjatuh di atas lantai dan terkena dirinya.
Walaupun ditimpa insiden, namun wanita ini tetap gigih menyiapkan hidangan tersebut dan berkongsi di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa risau melihat kejadian tersebut apatah lagi jika pada ketika itu minyak masak dalam kuantiti yang banyak dan panas akan menyebabkan kulit melecur.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga sempat berpesan agar lebih berhati-hati terutamanya ketika memasak kerana kemalangan sememangnya boleh berlaku tidak mengenal masa dan tempat.
Antara komen warga maya:
“bnda hadang bkang tu xperlu ada kot..bli yg jnis zink..tampal kt dinding..bleh lap je nti..”
“bahaya sis.. kalo minyak bnyk agak bahaya dgn apa yg berlaku.. tlg buang sis besi tu.. atau letak tmpt lain ms nk guna dapur tu..”
“aduh bahaya betul mujur x terbakor kak.. semoga akk sentiasa di lindungi dan di permudahkan urusan”
“Ya Allah, kak. Akak okay tak, kak? Hati-hati ya kak. Semoga akak sentiasa di bawah perlindungan Allah.”
Video yang tular di laman TikTok: