Connect with us

Viral

Trend Niaga Cedok Secara ‘Live’, PU Amin Tampil Jelaskan Hukumnya

Platform TikTok bukan sahaja digunakan untuk membuat konten dan menyampaikan berita terkini tentang isu semasa namun kini dijadikan ‘tempat’ untuk para peniaga mencari rezeki dengan mempromosikan barang jualan mereka sama ada dalam bentuk video mahupun secara ‘live’.

Seakan menjadi trend di ‘live’ TikTok dimana ramai dikalangan peniaga menjual barangan menggunakan kaedah ‘cedok’ membuatkan ramai tertarik dan membelinya.

Mereka akan menaburkan barangan mereka ke satu bekas yang besar dan meletakkan harga bagi 1 cedok tersebut.

Bagaimana pun, ianya mendapat perhatian daripada PU Amin sekaligus terpanggil untuk mengulas mengenai hukum jualan ceduk berkenaan.


“Tak salah kita nak berjual beli tapi kene ingat, kena jaga halal haram.. saya bukan nak kacau periuk nasi anda.. teruskan berniaga tapi berniagalah dalam keadaan yang baik”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan penjelasan daripada PU Amin malah menasihatkan orang ramai agar tidak meneruskan trend penjualan tersebut atas dasar halal dan haram sesuatu perkara.

Bukan itu sahaja malah netizen juga kagum dengan PU Amin yang berani menyuarakan perkara tersebut kepada khalayak ramai.

Antara komen warga maya:

“Akhirnya ada pun video pasal benda ni nak cakap dengan orang kita bukan pakar hehe”

“Ibarat main tangkap cekelat kat arcade. Kadang bayar token seringgit belum tentu dapat sama banyak dengan harga token. Jadi ada unsur kerugian”


“Ya, saya ada tegur cakap ada unsur gharar sebab tak pasti apa yang dapat. Pastu orang dalam live semua kecam saya”

“Cadangan saya kalau nak teruskan mungkin boleh guna penimbang untuk kepastian sebenar yang cust dapat”

“Tahniah ustaz. Keep tegur peniaga. Kadang2 diorang terbuat sebab tak tahu”

Video yang tular di laman TikTok:

@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.

♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry

@beritakini8 Jual beli gharar diharamkan. Cedok Cedok Adalah Gharar Diharamkan Soalan Di Inbox:assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini.saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut?kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. pembeli pun decide nak beli 1 cedok. jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.Jawapan:Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi. Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi. #cedok #cedoktetapcedok #gharar #ustazazharidrus ♬ original sound – Berita Kini

Seperti satu perkongsian individu di Twitter ini, jual beli seperti itu adalah batil dan ia diibaratkan seperti ‘membeli di dalam gelap’ serta dinyatakan oleh para ulama sebagai jual beli jahiliyah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.