Penyanyi terkenal, Shila Amzah sempat berkongsi tips untuk mendapatkan bentuk badan ideal selepas melahirkan anak sulung, Seth Uwais yang kini berumur lapan bulan.
Shila memberitahu, dia mengamalkan senaman setiap hari selain menjaga kuantiti makanan yang diambil.
Malah, dia sempat berseloroh turut bersenam sambil mendukung si kecil.
“Banyak orang Tanya sha punya tips kurus kan? Tu la tips dia. Workout sambil jaga anak.
“Tapi tulah, realitinya, sha workout almost everyday. Buat lah workout video kat YouTube tu for 30 minutes, makan jaga portion.
“Apa2 pun ambil dalam kadar sederhana,” kongsinya.
Tambahnya lagi, pemakanan seperti nasi dikurangkan dan memperbanyakkan minum air masak.
“Sha tak diet makan, cuma tak makan nasi Sgt.“Dan yang paling penting, minum air masak banyak2 ya! Jangan stress, setiap badan kita semua lain2.
“Jangan compare siapa cepat siapa lambat. Tukar cara hidup, benda ni bukan tips diet.
“Kita kena buat dia jadi Norma baharu kita. It’s a lifestyle change,” tulisnya.
“Someone followed to work yesterday @sethuwais He loves the studio! Dia main2, crawled sana sini non stop.. Last2 penat.
“And bila dia penat he will demand me to be a rocking chair.. Banyak orang Tanya sha punya tips kurus kan? Tu la tips dia.. Workout sambil jaga anak
“Tapi tulah, realitinya, sha workout almost everyday.. Buat lah workout video kat YouTube tu for 30 minutes, makan jaga portion..
“Apa2 pun ambil dalam kadar sederhana.. Sha tak diet makan, cuma tak makan nasi Sgt… Dan yang paling penting, minum air masak banyak2 ya!
“Jangan stress, setiap badan kita semua lain2.. Jangan compare siapa cepat siapa lambat.. Tukar cara hidup, benda ni bukan tips diet..
“Kita kena buat dia jadi Norma baharu kita.. It’s a lifestyle change
“Okay lah.. Have a good weekend everyone! And jangan lupa #SANL malam ni on my YouTube channel okay”
Rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh Shila Amzah bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais, pada 31 Ogos yang lepas.