Connect with us

Viral

“Tu ulam ke” Rupa Nasi Lemak Daun Pisang Ini Undang Dekah Ramai!

Sebagai rakyat Malaysia sejati, ramai yang membesar dengan nasi lemak. Bahkan hidangan ini boleh dianggap sajian ruji tatkala sarapan pagi yang selalunya lengkap dimakan bersama secawan teh tarik.
Iospital phone repair gombak
Jika kita perhatikan, kebanyakkan nasi lemak yang dijual dialas dengan daun pisang malah difahamkan daun itu memberi aroma pada masakan.

Pun begitu, tidak dinafikan, harga barangan pada masa kini semakin meningkat membuatkan para peniaga ingin berjimat dan berkira dalam penggunaannya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki telah berkongsi rupa nasi lemak yang dibelinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @iezam_hashim, dapat kita lihat sebungkus nasi lemak yang dilihat biasa sahaja dari segi luaran.

Bagaimana pun, apabila lelaki tersebut membuka bungkusan nasi lemak untuk dimakan, dia terkilan melihat isi dalamannya.


Cukup dengan nasi, sambal, telur dan timun, namun apa yang mengejutkan adalah daun pisang yang telah digunakan oleh peniaga tersebut yang hanya diletakkan satu kerat seperti ribbon. Memang betul-betul nak jimat peniaga ni!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati melihat rupa dan saiz daun pisang yang digunakan malah tidak pernah dilihat sebelum ini.

Pun begitu, ada juga yang akui daun pisang pada masa kini sememangnya mahal. Netizen juga mengatakan ianya bukanlah satu perkara yang besar asalkan nasi lemak tersebut sedap dan boleh dimakan.

Antara komen warga maya:

“Daun pishang mahal sekarang”

“Laaa.. comeyyyy pulak rasa”


“Daun pisang mahal dik.. kalau beli pun diluar cantik kat dalam ada yang buruk daun tak elok”

“Tu ulam la”

“Kreatif betul si penjual”


Video yang tular di laman TikTok:

@iezam_hashim #nasilemak #daunpisang ♬ Oh No No No – Music Falcon

Continue Reading
Advertisement