Sudah menjadi tanggungjawab kepada kita sebagai anak untuk menjaga kedua orang tua kita seperti mana mereka menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Dididik, dijaga dengan penuh kasih sayang.
Satu perkongsian daripada Shafiq’s Hamzul di laman Facebook baru-baru ini buatkan ramai netizen mengalirkan air mata, lapor Lobak Merah.
Shafiq telah berkongsi gambar seorang anak membawa ibunya yang tua dan uzur menaiki motosikal dan kemudian menikmati makanan di kedai dengan si anak menyuap si ibu dengan penuh kasih sayang..allahu, siapa yang potong bawang ni aishh!
“Bagoh deh anok dyo bwok mok mari make keda dgn keadaan mok xleh jale.”
Siapa tak sebak melihat gambar di atas? Jelas dari pandangan mata si anak, memperlihatkan perasaan kasih dan sayang sepenuh hati kepada si ibu yang kelihatan tidak begitu bertenaga.
Si ibu pula, bagai mengerti kasih sayang si anak, memandang anak lelakinya dengan penuh manja dan bahagia..rindunya kat mak
Admin pun jeles tengok keakraban anak beranak ini yang kelihatan cukup menikmati momen indah walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
Tengok anaknya suap ibu pun admin boleh nampak keikhlasan lelaki itu menjaga ibunya.
Anak syurga, berjasa kepada ibunya yang uzur
Berdasarkan carian oleh team YOY Network, admin difahamkan yang lelaki tersebut dikenali sebagai Babo Taufik dan dia tinggal di Pondok Gelang Mas, Kelantan.
Apa yang admin dapat kongsikan kepada korang semua, Babo sememangnya sudah lama menjaga mak dia malah dia cukup rapat dengan ibunya itu.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Babo sentiasa memastikan ibunya dijaga dengan baik..Tak semua mampu buat macam apa yang lelaki ini buat, salute!
Hukum Menjaga Ibu Bapa
Soalan: Saya ada kemusykilan tentang hukum penjagaan orang tua.Adakah keutamaan hak dan kewajipan menjaga orang tua hukumnya sama antara anak lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga?
Apakah hukum seorang anak lelaki yang tidak mahu mengambil menganggung orangtuanya yang telah uzur dan berhajat untuk tinggal bersamanya tetapi sanggup menghantar orangtuanya ke rumah kebajikan hanya kerana si isteri tidak mengizinkan.
Sehinggakan pada hari kematian orangtuanya pun si isteri tidak datang melawat, sebagai suami apakah tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya. Harap disertakan dalil dan hadith.
Jawapan: Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Hak dan keutamaan serta kewajipan menjaga kedua ibu bapa yang telah tua adalah sama diantara anak lelaki dan anak perempuan.
Hukumnya adalah berdosa samada anak lelaki atau perempuan yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kedua ibubapanya lebih-lebih lagi dihantar ke rumah kebajikan.
Tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya ialah menasihati dan mendidik isteri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam, akhlak yang mulia dan budipekerti yang tinggi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pekiharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia” (Surah Al- Isra’-ayat 23)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa” (Riwayat Muslim)