Connect with us

Selebriti

“Tudia Dia Bok Keluaqq Lidah” Syatilla Melvin Bakal Dapat ‘Baby Girl’, Kongsi Gambar Scan

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sememangnya pasangan yang sangat disukai ramai apatah lagi dengan kelahiran cahaya mata pertamanya yang dikenali sebagai Mat Yip atau nama sebenarnya Syeriv Samheizy yang kini semakin membesar dengan sangat comel.

Syatilla Melvin yang kini hamil enam bulan meluahkan rasa gementar untuk menjalani proses bersalin secara normal.

Isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya.

Selain bersalin, Syatilla juga berdebar untuk mengetahui jantina anak keduanya.

“Anak, dah nak jadi abang anak bubu. Haih berdebaq rasa nak tahu adik MatYip boy ke girl. Tolonglah muka macam abang Yip.
“InshaAllah, Amin. Tiga bulan lagi tinggal sebelum ibu bersalin. Allah ketaq rasa.
“Boleh kongsi pengalaman hampa bersalin normal tak? Rasa macam nak cuba bersalin normal kali ini.
“Waktu czer dulu… Alhamdulillah tak lah susah mana pun nak jaga dan maintain. Cuma nak tahu fasal proses bersalin normal,” tulisnya.

Terbaru, Syatilla yang kini sedang sarat mengandung telah memuat naik gambar scan baby yang terbaru beserta caption;

Tudiaaaaa dia bok keluaqq lidahh pulak bila ibu bapak dia mai tgok dia..dulu masa scan matyip pun asyik senyum jaaa.adik dia pun sama…alhamdulillah matyip nak dapat ADIK GIRL…syukur atas rezeki ini ya allah♥️adik dia sebijik muka syeriv masa scan dulu

Dikhabarkan bahawa jantina bayi yang dikandungkan adalah perempuan. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga Tilla dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Komen netizen;

Ada geng bubu…

Tahniah, tak sabaq nak tgok baby…

Wahh sepasang la nanti…


Sumber: LimauMadu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.