Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.
Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.
Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.
Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membiarkan kucing mereka keluar daripada rumah sehingga melakukan ‘sesuatu’ yang mendatangkan amarah jiran.
Menerusi video CCTV yang tular di Thailand itu, memaparkan haiwan peliharaannya itu didakwa keluar ke kawasan awam lalu menyebabkan kerosakan pada sports car milik jirannya.
Memetik laporan Thaigers, kejadian tersebut berlaku pada Oktober 2020 apabila pemilik kereta ‘mahal’ tersebut menghantar video haiwan peliharaan mereka duduk di atas kereta sport berjenama Lotus itu.
Pun begitu, apabila pemilik kucing dan keluarganya pergi ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan, mereka mendapati cuma ada kesan tapak kaki kucing sahaja dan bukanlah calar seperti yang dikatakan.
Tidak cukup dengan itu, Jirannya turut menegaskan bahawa semua calar berasal dari kucingnya dan meminta pampasan sebanyak 100,000 Baht (RM12,791) sambil menambah bahawa harga tersebut telah dianggarkan secara rasmi.
Bagaimana pun, dengan kuasa viral oleh netizen yang menjadikan kes si oyen ini tular di media sosial, difahamkan kini pemiliknya sports car telah meminta maaf dan menarik semula niatnya yang ingin meminta ganti rugi yang tidak masuk dek akal itu.
Video yang tular di laman TikTok:
@pattarawadeephumipakลูกทำแมวหลุดออกจากบ้านขณะเปิดประตูขึ้นรถโรงเรียนและขึ้นรถบ้านข้างๆกัน เค้าไปแจ้งความ ตำราจแจ้งข้อหาปล่อยสัตว์ดุสัตว์ร้ายเที่ยวตามลำพังทำให้ทรัพย์สินผู้อื่นเสียหายคดีขึ้นชั้นศาลคันสีเหลืองเรียกค่าเสียหาย108, 000 บาท บอกว่าเป็นรถหรู ติดสติ๊กเกอร์จึงต้องแพงคันสีดำเป็นป้ายแดง รถเคลือบแด้วอย่างดีในคลิปวีดีโอน้องไม่ได้ข่วนอะไรเลย แต่น้องขึ้นไปนั้งและลงมา เราเจ้าของแมว ไปดูในวันเกิดเหตุ ไม่มีร่องรอยอะไรเลยค่ะ มีแค่รอยเท้าฝุ่น วอนสังคมช่วยเราด้วยค่ะ เราโดนฟ้อง2คดีแมวขึ้นรถ2คัน♬ เราจะสู้ไปด้วยกัน – หนูดี เฟลอเดอ
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 4.0M tontonan, 99.9K tanda suka dan 5135 perkongsian di applikasi TikTok.