Connect with us

Viral

Tukang Cuci Hanya Mampu Berzikir Lihat Homestay Macam ‘Tokang Pecah’, Najis Pun Tak Flush!

Persis kata-kata orang dulu, kelakukan kita diluar menunjukkan bagaimana sikap kita di rumah. Jika di tempat orang pun kita tidak mampu menjaga kebersihan, bagaimana pula di rumah sendiri bukan?
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana keluarga ini selamba meninggalkan homestay dalam keadaan yang sangat kotor dan menjijikkan membuatkan ramai kurang senang.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap sebuah keluarga yang meninggalkan homestay dalam keadaan seperti ‘tongkang pecah’.

“Customer dari neraka! Sorry to say, nak cakap, hampa (anda) ingat senang ke jadi cleaner? Apabila dapat customer buat rumah macam masuk hutan, macam inilah jadinya,” tulisnya dalam hantaran di laman tersebut.

Memetik laporan mStar, wanita bernama Nur Izzati Nadia atau lebih senang disapa Nadia berkata, insiden tersebut berlaku ketika cuti hujung minggu lalu, sewaktu dia mahu membersihkan homestay jenis apartment yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.

“Owner homestay menetap di luar Cameron Highlands, jadi saya mengambil alih tolong jaga dan menjadi cleaner separuh masa.”

“Keluarga tersebut mendaftar masuk pada pada 6 Oktober dan mendaftar keluar pada 8 Oktober. Macam biasa, selepas mereka mendaftar keluar, saya pergi untuk melakukan tugas pembersihan.”

“Buka saja pintu, terkejut saya lihat keadaan di dalam homestay. Sudahlah sampah tak dibuang dalam plastik yang disediakan, sisa makanan bersepah. Perabot dan tilam pun suka hati saja alihkan.”


“Tilam dari dalam bilik, mereka alih ke ruang tamu. Sofa pula mereka letak di beranda. Kalau kena hujan macam mana? Bukan tak boleh, tapi alihkan semula selepas guna.”

“Buka pula peti ais, mengucap panjang… pakej makanan tumpah. Masuk ke dalam tandas, ada ‘bukti’ dalam mangkuk tandas tapi saya tak muat naik gambarnya kerana jijik,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Nadia berkata dia kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada pemilik homestay.

“Owner bertanya elok-elok kepada pelanggan. Mereka mengaku… iyalah sebab ada bukti dan gambar. Owner cakap terpaksa burn deposit sebab kena bayar extra kepada cleaner.”

“Apabila jadi macam ni, cleaner banyak kerja nak buat. Tapi mereka salahkan kita pula dan mahukan deposit juga. Owner tiada pilihan lain, kena bertegas dan burn deposit supaya sebagai pengajaran.”

“Rupa-rupanya, keluarga tersebut sewa dua unit apartment. Dua-dua unit sama je kotor. Satu unit saya bersihkan, satu lagi kawan bersihkan,” ujarnya yang juga merupakan seorang pengusaha homestay.

Menurut Nadia yang sudah 12 tahun menetap di Cameron Highlands, insiden sedemikian adalah yang pertama kali dialaminya sepanjang mengendalikan homestay sendiri dan milik rakannya.

“Selalu saya ambil masa sejam saja, tapi untuk bersihkan homestay tersebut, kira-kira hampir empat jam jugalah baru siap. Saya terpaksa mop satu rumah, alih perabot, vakum dan sebagainya.

“Itupun dibantu oleh suami. Kalau saya seorang diri, rasanya lima jam pun tak siap. Sambil mengemas, rasa nak menangis tapi berzikir saja.”

“Saya kongsi di laman sosial untuk sampaikan mesej kepada orang ramai. Kalau menginap di tempat orang, jangan tinggalkan macam tu… menyusahkan orang lain.”

“Bukan nak suruh perfect biar kemas, tapi setidak-tidaknya usahlah sampai menyusahkan orang lain. Kesian dekat owner homestay kena tanggung kerugian. Deposit yang diambil bukan banyak pun.”

“Saya faham kerana saya juga buat bisnes homestay. Ingatlah, bayaran bukanlah lesen untuk pelanggan buat sesuka hati,” ujarnya lagi.

Continue Reading
Advertisement