Connect with us

Selebriti

“Tulang macam ditarik-tarik,” Perlu Jalani Pembedahan, Kesihatan Zamani Slam Agak Teruk

Seperti yang kita tahu, keadaan kesihatan Zamani Slam kebelakangan ini semakin membongkok akibat penyakit scoliosis dan memerlukan pembedahan dengan kadar segera namun dia masih bergiat aktif dalam bidang nyanyiannya.

Memetik laporan Harian Metro, Zamani mengatakan bahawa buat masa ini kesihatanya berada di tahap yang agak teruk dan hanya bergantung pada ubat tahan sakit sementara menunggu proses pembedahannya awal bulan November.

“Tulang belakang dah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi saya perlukan pembedahan.

“Sekarang ini 24 jam saya sakit dan perlu makan ubat tahan sakit. Memang tak ada ubat lain. Sakit pula menyerang tak kira waktu.

“Kalau kena tu, tulang rasa macam ditarik-tarik. Kadang ketika tidur pun sakit boleh datang dan menjadi kejang”

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sakit saya ini menyerang dengan teruk. Sebab ketika itu saya duduk di rumah saja dan tak bekerja,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, sebelum ini Zamani dimaklumkan peluang untuk dirinya sembuh tiada. Walaubagaimanapun, informasi yang diberikan itu tidak tepat.

Selepas membuat ujian imbasan pihak hospital akhirnya memberi jaminan peluang untuk sembuh adalah tinggi meskipun tidak boleh kembali kepada normal.

“Dulu saya dimaklumkan peluang untuk sembuh tak ada. Rupanya informasi itu tak tepat. Selepas saya buat semua ujian imbasan, doktor maklumkan peluang nak sembuh tinggi. Namun, tidaklah boleh kembali kepada normal.”

“Sekarang ini sudah ada dua pusat perubatan dalam senarai untuk saya buat pembedahan. Doktor kata Oktober ini dah boleh buat, cuma saya ada beberapa komitmen kerja perlu diselesaikan dulu. Jadi, insya-Allah mungkin awal November.”

“Dari segi kos pembedahan dianggarkan lebih RM100,000. Pusat perubatan di Ampang anggaran dalam RM80,000 hingga RM100,000. Yang lagi satu tu mungkin murah sikit,” tambahnya lagi.

Kata Zamani lagi, pembedahan ini merupakan pilihan yang terakhir untuk dan dijangka bakal mengambil masa selama lapan hingga sepuluh jam bergantung pada badannya.

Walaupun tidak akan sembuh 100 peratus, penyanyi ini mengharapkan agar segalanya berjalan dengan lancar.

“Saya bukan takut nak dibedah, tapi berdebar. Kalau nak tahu pembedahan adalah pilihan terakhir saya. Sebelum ini saya dah pergi banyak tempat dan rawatan alternatif lain.”

“Difahamkan pembedahan ini memakan masa lapan hingga 10 jam. Nak sembuh pula ia bergantung pada badan saya. Kalau semuanya okay, selepas dua minggu dah boleh memandu selain perlu menjalani fisioterapi.”

“Saya berharap pembedahan ini berjalan lancar dan sembuh walaupun takkan 100 peratus,” ujarnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.