Connect with us

Semasa

Tular Alza Pandu Lawan Arus di Lebuhraya, Wanita 24 Tahun Serah Diri & Jelaskan Punca

Semua pengguna jalan raya hendaklah mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Kesalahan yang dilakukan di atas jalan raya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada pengguna lain.

Pemandu lawan arus di PLUS datang serah diri 

Menerusi satu laporan dari Harian Metro, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sekitar Hentian Rehat Senawang, Isnin lalu, sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, wanita berusia 24 tahun itu tampil ke IPD Seremban, kelmarin, bersama seorang lagi wanita berusia 30 tahun yang menjadi penumpang ketika kejadian.

Ketika kejadian wanita itu bergerak dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur

“Identiti kedua-dua wanita itu berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban pada 5 petang, Selasa lalu, sebelum mereka tampil menyerah diri.

“Hasil siasatan, ketika kejadian wanita itu bergerak dari arah Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Terputus hubungan dengan rakan menunggang motosikal alasan lawan arus

Mengulas mengenai kejadian, beliau berkata, wanita terbabit mendakwa tiba di kawasan Hentian Rehat Senawang, namun terputus hubungan dengan rakan menunggang motosikal yang bergerak bersamanya.

“Lantas wanita itu bertindak membuat pusingan U di lebuh raya terbabit dan memandu di lorong kecemasan sehingga ke susur Tol Pedas-Linggi (arah utara) untuk mengesan penunggang terbabit”.

Saringan awal air kencing negatif

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua wanita dapati negatif dadahdan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ujarnya lagi, pemandu wanita itu direman tiga hari bermula semalam, manakala penumpang diberi jaminan polis.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 36 saat memaparkan kereta Perodua Alza dipandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sekitar Hentian Rehat Senawang di Kilometer 248 (arah utara) menuju ke arah Kilometer 240 (Utara) Lebuhraya Utara Selatan.

Video tular Alza lawan arus

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua supaya sentiasa mematuhi peraturan dan memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.