Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah dikeluarkan semalam dan ramai calon yang mendapat keputusan cemerlang berkongsi momen-momen indah di laman sosial.
Tidak ketinggalan, seorang remaja dengan nama Twitter Amirfufu telah berkongsi video miliknya mengambil slip SPM di sekolahnya.
Namun apa yang menarik perhatian netizen sehingga tular adalah pakaiannya yang simple dengan uniform pekerja stesen minyak Shell.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih dari 6500 retweet di laman Twitter.
Menurut Amir, pada mulanya dia tidak menyangka akan mendapat keputusan yang agak baik dan dipanggil naik ke atas pentas.
Susulan daripada itu, Amir telah mendapat kejutan daripada ‘Big Bos’ Shell sendiri iaitu Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain.
Katanya lagi, majikannya turut mengundang kedatangan kedua-dua ibu bapanya pada hari ini untuk bertemu bersama-sama.
Malah, pengurusnya sempat berpesan agar dia turut membawa kedua ibu-bapanya bagi berjumpa dengan ‘big boss’ tempat dia bekerja .
Menerusi laman Instagram, Shairan Huzani yang terkenal dengan gelaran Pak Cik Shell telah memuat naik pertemuan mereka itu.
“Pagi ni pergi jumpa adik Amir. dia femes semalam amik spm results pakai baju shell. dia nk buat accountancy. pakcik harap dia terus berusaha dan lebih berjaya. tukar cita2 jadi realiti.”
“6 heroes @pakcikshell kat stesen ni kebetulan spm batch sama. alhamdulillah semuanya results chomel ☺️ 🇲🇾 we are proudly run by dedicated Malaysians for our beloved Malaysians”
Amir telah menerima hadiah berupa beg dan jam tangan G-Shock seperti yang dikongsikan dalam gambarnya.
Malah, Amir juga turut diberi peluang untuk mengetahui pengajian berkaitan syarikat Shell di mana pengajian itu adalah untuk kumpulan kedua yang dihantar majikannya dan akan mengambil masa selama tiga tahun.
Tahniah diucapkan kepada Amir, semoga peluang yang diterimanya ini digunakan sebaik-baiknya demi masa depan.