Bila berniaga, sudah pasti perlu berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya kesilapan komunikasi antara pelanggan dan peniaga, makanan sampai lewat dan sebagainya.
Tidak dinafikan sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan reputasi sesebuah kedai makan itu sendiri.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kedai makan Nasi Ayam Mafia di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor mendapat pujian orang ramai kerana cara sistematik dan kecekapan mereka melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai makannya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @SallehFahmi, dia memuji kedai makan tersebut yang mengamalkan konsep berniaga yang baik kerana menjaga pelanggan dalam berusaha memberi layanan yang terbaik.
“Macam ni baru betul-betul berniaga. Jaga customer baik, jaga rider baik, ordering sistem pantas dan teratur siap ada order screen. Jadi, kalau take away efisyen.
“Nak kuah boleh layan diri,, rating Foodpanda beribu-ribu 5 star. Request kuah lebih dapat, bahagian ayam dapat. Servis A,” katanya
Dia juga berkongsi beberapa keping gambar termasuklah kain rentang yang dipasang di kedai tersebut tentang jangan malu untuk follow up order dan sebagainya.
Tidak cukup dengan itu, kedai makan ini turut memberikan teh o ais percuma kepada semua para rider tidak kira daripada Foodpanda atau Grab Food yang sedang menunggu pesanan siap.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut kagum dengan usaha kedai makan ini yang berusaha memberikan servis yang terbaik buat pelanggannya.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar ianya menjadi contoh kepada peniaga yang lain supaya tidak ada masalah yang timbul kelak.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: