Kalau ditanya sesetengah wanita soal bermadu, pasti akan ada yang melenting mahupun terus muncung sampai ke esok!
Namun ada juga segelintir wanita yang tidak kisah untuk bermadu apabila disebut tentang mitos ‘payung emas’ kononnya jika sanggup bermadu dengan hati yang ikhlas, isteri tersebut akan mendapat ‘payung emas’.
Baru-baru ini kejadian di negeri Bumi Kenyalang di mana kisah perkahwinan seorang lelaki telah tular apabila seorang jurugambar bernama Mohamad Muhidin memuat naik satu posting bertajuk “Dua Hati Satu Cinta” berserta beberapa keping gambar perkahwinan lelaki tersebut atau dikenali sebagai Jafarrudin Morni dan dua orang wanita yang lain.
Si jurugambar juga sempat memberikan sepatah dua kata sebelum mengakhiri postingnya itu.
“Akhir kata dari saya perghh perghh”
Dia juga menggunakan tanda pagar “panas” dan “perghhh” seolah-olah kagum dengan tindakan berani yang diambil oleh lelaki tersebut.
Ada yang menyangka bahawa lelaki tersebut menikah dengan dua wanita secara serentak namun kebenarannya adalah sebaliknya.
Hal yang menimbulkan teka-teki antara netizen di laman Facebook telah terjawab apabila Sieytha Rieytha telah membuat penjelasan tentang gambar perkahwinan mereka yang tular baru-baru ini.
Isteri muda kepada Jafarrudin Morni, Sieytha Rieytha telah membuat keterangan dimana hanya dia sahaja yang menikah pada hari tersebut namun mereka telah memutuskan untuk meraikan sekali madunya itu iaitu Mazlinah Tahaau.
Di dalam postingnya itu juga dia sempat berkata
“Bismillahirrahmannirrahim,Alhamdulillah.Doakan semoga kami bahagia kekal hingga ke Jannah.#Naik pelamin dengan Akak Madu Mazlinah Tahaau. Semoga kita bahagia bersama Suami tercinta Jafarrudin Morni”
Menjengah ke ruangan komen, ruangan komen dilimpahi dengan ucapan tahniah. Rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mereka bahagia hingga ke Jannah.
Netizen juga berharap agar suami mereka dapat bertoleransi dengan baik dan memberi layanan yang adil kepada mereka.
Berikut adalah komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di Facebook